Sekiranya anda teringin makan makanan Korea, boleh buat sendiri di rumah. Tak perlu ke kedai lagi. Asalkan ada bahan yang cukup, semuanya jadi. Kami kongsikan lima resipi makanan Korea untuk anda.

1. RESIPI JJAJANGMYEON

 

BAHAN KUAH ALA BLACKBEAN:

  • 3 sudu gula putih
  • 3 sudu besar taucu
  • Air setengah cawan
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Kicap lemak manis

 

CARA PENYEDIAAN PES BLACKBEAN:

  1. Mula-mula, buat karamel pekat daripada 3 sudu gula putih untuk kita dapatkan rasa pahit-pahit hangus.
  2. Kemudian, 3 sudu besar taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.
  3. Sediakan satu mangkuk besar berisi air setengah cawan, masukkan 1 sudu besar tepung gndum, pes taucu yang ditumbuk tadi, kicap lemak manis (lagi banyak lebih bagus) dan akhir sekali karamel. Kacau hingga sebatu.
  4. Masakkan kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga kuah menjadi likat seakan-akan dodol.
  5. Setelah itu, tuang dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.

 

BAHAN-BAHAN JJAJANGMYEON:

  • Daging ayam
  • TImun
  • Kentang
  • Bawang holland
  • Pes blackbean
  • Bancuhan tepung jadung
  • Garam
  • Kicap pekat
  • Serbuk lada hitam
  • Mi lidi atau mi kuning

 

CARA PENYEDIAAN JJAJANGMYEON:

  1. Sediakan daging ayam, timun, kentang dan bawang holland. Semua bahan dipotong dadu.
  2. Tumiskan semua bahan dengan sedikit minyak masak. Kacau sehingga masak.
  3. Kemudian, masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan, kacau sehingga rata.
  4. Tuang sedikit air untuk kuah dan campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Boleh letak sedikit gara, kicap pekat dan sedikit serbuk lada hitam untuk menambah rasa.
  6. Mi pula saya gunakan jenis mi lidi yang perlu direbus dahulu kemudian ditoskan. Anda juga boleh gunakan mi kuning biasa.
  7. Masukkan mi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atasnya. Hiaskan dengan hirisan timun.
  8. Sedia untuk dimakan. Jangan lupa kacau dahulu mi tersebut sebelum makan.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli

 

2. RESIPI RABOKKI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket ramen samyang (saya guna yang plastik hitam)
  • 1 sudu besar gochujang (beli di Shopee jenama Ommason)
  • 1 sudu besar gochugaru (beli di Shopee jenama Ommason)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit kicap (jika mahu)
  • 4-5 ketul kuih beras Korea (rice cake) – boleh beli di AEON Big/Hero ada yang halal
  • 1 keping fishcake
  • 2 batang sosej (guna sosej yang ada cheese lebih sedap)
  • Kobis
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya

 

CARA PENYEDIAAN:

IKLAN
  1. Masukkan air, gochujang, gochugaru, bawang putih, kicap, rencah sos ramen ke dalam periuk.
  2. Masukkan fishcake, sosej, kobis, ramen dan rice cake. Masak sehingga mendidih.
  3. Biarkan sehingga pekat, masukkan sebiji telur. Tutup api.
  4. Akhir sekali, taburkan rumpai laut. Beli yang big bang punya. Letak lagi banyak lagi sedap.
  5. Anda boleh juga letak sekeping cheese di atas jika suka cheese. Sedap dimakan panas-panas.

Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan

 

3. RESIPI DAGING BULGOGI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 400- 500 gram daging
  • Daun kucai (dihiris)
  • Bawang (dihiris)
  • Lobak merah (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu minyak bijan
  • 1 sudu bijan

 

BAHAN PERAP:

  • 3 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 8 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun
  • 2 sudu kecil bawang putih cincang
  • 2 sudu kecil halia cincang
  • 1 buah pir yang telah diparut
  • 1/2 sudu kecil lada hitam

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Sediakan bahan perap – campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.
  2. Biarkan daging diperap seketika selama satu malam atau satu jam.
  3. Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.
  4. Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit bersama sayur. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.
  5. Anda boleh juga masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.
  6. Siap!

Kredit resipi & foto: Steak and Teeth

 

4. RESIPI JAPCHAE

 

BAHAN-BAHAN:

  • Soon Korea/soon Malaysia pun boleh (rebus sebentar)
  • Daging
  • 4 ulas bawang putih 4
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Cili benggala merah
  • Daung bawang
  • Bawang holland
  • Cendawan shitake
  • Kicap cair
  • Brown sugar
  • Minyak masak
  • Minyak bijan

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Perap daging dengan brown sugar, bawang holand dan kicap. Ketepikan dahulu.
  2. Kemudian, tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak dan minyak zaitun.
  3. Masukkan daging yang diperap dan masukkan sayur.
  4. Bila sayur dah agak layu, masukkan soon.
  5. Siap! Hiaskan dengan bijan tabur.

Kredit resipi & foto: Iesya Abu Hasan

 

5. RESIPI TTEOKBOKKI/TOPOKKI

 

BAHAN-BAHAN RICE CAKE:

  • 400 gram tepung pulut
  • 3 sudu tepung beras
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak
  • Air

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
  2. Buat panjang-panjang dan rebus.
  3. Angkat dan rendam dalam air sejuk sebelum potong pendek-pendek.

 

BAHAN-BAHAN SOS:

  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 sudu besar Gochujang
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu teh gula
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 kiub ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit cuka
  • 2 gelas air (untuk kuah)
  • Bijan
  • Daun bawang
  • Sosej
  • Crab stick
  • Fish cake
  • Mi ramen/maggi
  • Cendawan enoki

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campurkan sos Gochujang bersama sos cili, serbuk cili, bawang, gula dan madu. Gaul hingga sebati.
  2. Kemudian, panaskan air dan masukkan kiub ikan bilis. Campurkan juga pes yang telah digaul sebati tadi.
  3. Bila sudah mendidih, masukkan sosej, crab stick, fish cake.
  4. Masukkan gula, garam dan cuku sedikit jika tidak cukup masam.
  5. Selepas itu, masukkan rice cake dan cendawan enoki sebelum api ditutup.
  6. Hiaskan dengan telur, daun bawang dan bijan. Jika mahu dimakan bersama ramen, letak ramen di dalam mangkuk anda.

Kredit resipi & foto: Siti Faizah Mohamad Nawi

 

Jika anda sedang mencari RICE COOKER yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.

SUMBER: KOLEKSI RESIPI ISTERI

 

Artikel menarik yang boleh dibaca:

Resipi Kimbap Korea. Buat Sendiri Baru Puas Hati.

Cara Masak Ayam Pedas Ala Korea Secara Homemade

Step By Step Buat Korean Spicy Chicken, Senang Rupa-Rupanya

 

Resipi yang boleh dicuba di rumah: