Pisang adalah salah satu buah-buahan yang menjadi kegemaran ramai, dan pastinya pelbagai hidangan boleh dihasilkan dengan menggunakan pisang jika kita kreatif. Memang mudah dan sememangnya sedap! Ini dia 5 resipi berasaskan pisang yang boleh dijadikan sebagai menu sarapan korang..selamat mencuba!

CEKODOK PISANG GEBU

BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji pisang emas – pisang yang lain pun boleh
  • 3/4 camca teh soda bicarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 camca besar gula peerang
  • 1/3 camca besar gula halus
  • 1 cawan tepung gandum (lebih atau kurang ikut adunan kalau terlembik tambah sikit tepung)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam, baking powder dan soda bikarbonat hingga hancur.
  2. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit.
  3. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak-banyak, buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang.
  4. Tapi ini bergantung pada saiz kuali yang anda gunakan.
  5. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.

PANCAKE PISANG VERSI MODEN 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu segar
  • 2 camca besar gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 2 camca besar mentega, cair dan sejukkan

BAHAN TOPPING:

  • Pisang
  • Madu atau maple syrup
  • Gula Perang
  • Butter

CARA PENYEDIAAN:

  1. Dalam satu bekas, masukkan telur, susu, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk. Tambah tepung yang diayak tadi, gaul rata. Tambah esen vanilla dan mentega cair. Kacau hingga semua sebati. Rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, kecilkan api pada tahap minima. Lenser dengan sedikit minyak (sapu dengan kitchen paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak masak). Cedok 1/4 cawan adunan pancake dan tuang di tengah pan tadi. Biar ia rata dengan sendiri.
  3. Tutup pan dengan tudung periuk. Bila permukaan pancake nampak berlubang-lubang dan kering, terbalikkan dan masak sekejap hingga keemasan. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan. Lenser sedikit minyak setiap kali membuat pancake baru.
  4. Adunan ini menghasilkan 9 – 10 keping pancake.
  5. Untuk topping : panaskan satu sudu besar butter + masukkan 1 sudu besar gula perang. Cairkan keduanya dan masukkan potongan pisang. Masak sedikit agar pisang disaluti gula perang. Jangan dibiarkan hangit. Enak juga dimasukkan taburan badam cincang.

Cadangan lain untuk topping – potong pisang dan tuang maple syrup atau madu.

LEMPENG PISANG KELAPA 

BAHAN-BAHAN:

  • 10-20 biji pisang awak/emas | dibuang kulitnya & dilenyek – Pilih pisang masak ranum
  • 3 camca besar susu pekat | boleh ganti dengan gula
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • 2 susu teh garam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • Daun pisang dibersihkan dan dipotong saiz sejengkal

CARA PENYEDIAAN:

  1. Lecek pisang hingga lumat. Masukkan susu pekat, garam & gaul hingga sebati.
  2. Masukkan kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata dan rehatkan 5 minit.
  3. Panaskan kuali leper, sendukkan adunan tadi ke dalam daun pisang – menjadi lempeng lebih kurang 1 cm dan masakkan.
  4. Balikkan dan masak lagi hingga kuning keemasan.
  5. Bila masak, angkat dan hidangkan.

APAM PISANG MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan pisang lemak manis lecek halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
  3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
  4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Gunakan acuan lompang, dan bubuh setengah acuan.
  5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
  6. Kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

FRENCH TOAST PISANG/ ROTI GULUNG PISANG NUTELLA

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji pisang | belah dua jika mahu digulung dalam roti/potong kecil untuk french toast)
  • 6 keping roti

BAHAN CELUPAN:

  • 2 butir telur
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu makan gula pasir
  • 75 ml susu cair
  • 50 gram mentega untuk menumis

CARA PENYEDIAAN BANANA ROLL FRENCH TOAST:

  1. Pukul telur bersama garam, dan gula pasir. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil diaduk rata.
  2. Celup roti satu per satu. Letakkan pisang. Gulung.
  3. Gorengkan dengan mentega yang sudah dipanaskan sehingga keemasan.

Kredit resipi & gambar: Pamapedia