Victoria Sandwich Cake, Mewah Dengan Rasa Manis, Masam & Berlemak

Share

Kek Victoria Sandwich ni mewah dengan rasa mentega yang istimewa. Lemak, manis dan masam yang serasi bersama.

Resipi yang dikongsi Umi Watie ini, sesuai untuk dihidangkan buat makan petang atau meraikan hari istimewa seseorang.

 

VICTORIA SANDWICH CAKE

BAHAN-BAHAN:

250g mentega
200g gula castor
4 biji telur saiz A
250g tepung naik sendiri
3 sudu besar susu cair
1 sudu teh esen vanila

TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live

TONTON Puas Gila Makan Cheese Kat Sini

| Makan Di Mana

BAHAN STRAWBERRY FILLING:

250g strawberi
½ cawan gula – beli online di sini
1 sudu makan lemon
2 sudu makan tepung jagung – beli online di sini
1 cawan air

BAHAN AISING:

1 cawan whipping cream
2 sudu makan instant custard

CARA-CARA:

1. Pukul mentega dengan gula. Pukul mentega sampai pucat ye. Masukkan telur sebiji dengan sebiji. Masukkan esen vanila. Bagi wangi dan naik rasa lemak mentega tadi. Masukkan tepung sikit demi sedikit.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


2. Masukkan susu cair tadi. Pukul lagi ya. Saya pakai hand mixer saja. Tak perlu beli mixer heavy duty pun. Pakai whisk pun boleh.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


3. Dah sebati semua bahan, masukkan adunan dalam loyang saiz 8. Bakar 170C selama 45 minit. Ikut ketuhar masing-masing ya.


4. Masukkan strawberry dan jus lemon dalam pengisar. Basuh bersih sebelum guna. Masukkan gula dan tepung jagung. Masukkan air. Dah kisarlah sehingga hancur semuanya.


5. Masukkan dalam periuk atau kuali. Gunakan api yang kecil saja ya. Masak sampai mendidih dan memekat. Pukul whipping cream supaya dia memekat sikit.


6. Masukkan instant custard. Boleh beli di kedai bahan bakeri. Pukul sampai dia kental ya. Masukkan dalam plastik tiga segi. Saya pakai nozel bintang.

7. Bahagi kek kepada 2 bahagian. Picitlah ikut rasa hati. Janji cantik. Lapiskan dengan jem strawberry.


8. Buat benda yang sama pada bahagia atas kek. Akhir sekali, hiaskan dengan buah strawberry segar yang dipotong.

Kredit resipi: Umi Watie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff