Ads
Ads

No video available

AIZANAZIZ31: Kari Kapitan Bersama Roti Labu

Kari Kapitan bersama Roti Labu 🍞🍲

Cabaran Misteri Saji 👩‍🍳
Menyahut cabaran sis cantik @zarazya @majalahrasa menggunakan produk dari @sajimalaysiaofficial
Tadaaa KARI AYAM KAPITAN BERSAMA ROTI LABU.Sedap sangat layan kari kapitan bersama roti labu..makan dengan nasi lagi umpph.Macam rendang tp bukan rendang hehe
Pelbagai masakan kita boleh buat dengan produk saji
Jom masak kari kapitan dan Roti labu dengan apa yg ada kt rmh yg penting produk Saji kena Ada👩‍🍳

Kari Kapitan (Cara saya)
Bahan bahan

Bahan A – Perap
Setengah kilo ayam
2sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil garam

Bahan B – Kisar
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
4biji buah keras
3 batang serai
6 sudu besar Cili kisar
Minyak masak @sajimalaysiaofficial 

Bahan C
1 kotak santan @sajimalaysiaofficial
1 keping asam keping
3 helai daun limau purut (buang tgh)
gila nise separuh(sederhana besar)

Bahan D- Hiasan
Daun limau purut – hiris halus

penyedian
-perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam
aizan perap 15 minit
-blend halus bahan B
-panaskan minyak dan goreng separuh masak(ketepikan)
-Guna separuh (dlm 6 sdu besar minyak)utk menumis
-Setelah minyak panas tumis bahan kisar td sehingga sedikit garing dan masukkan pula cili kisar dan daun limau purut
-tumis sehingga pecah minyak(aizan tambah 3 kali air supaya bahan tumis betol2 masak)
-masuk asam keping dan gula nise/gula melaka
-tumis lagi sebentar dan masukkan ayam yg telah digoreng
-gaul sebati dan masukkan satu kotak santan
-gaul betul2 sebati
-masuk sedikit air dan perasakan dgn garam dan secukup rasa
-gaul sehingga sedikit kering
-siap dan hidangkan

ROTI LABU
Bahan
-300 g tepung hp
-1/2 mangkuk kecil labu yg telah direbus
-secubit garam
-2 sudu besar susu Saji
-2 1/2 maejerin seri pelangi
-1 gelas air sejuk
-1 biji telur
-yis (separuh paket)

Penyediaan
-masuk semua bahan ke dalam bread maker dan uli sehingga elastik
-tmbh tepung sedikit kalau adunan lembut
-bentukkan mengikut cita rasa masing2
-biarkan mengembang sehingga 2 kali ganda
-bakar dgn suhu 160 c selama 20minit

#sajianmisterixrasa
#majalahrasa

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads