Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Sup Gearbox | Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips

Sup Gearbox | Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips

Siapa jer tak suka sup tulang gearbox, memang sedap weyy. Korang gerenti meleleh liur tengok @dapoq_pdot masak dalam cabaran Rasa Masak Challenge 7 Hari Bersama Philips. Cepat jer siap guna Philips All-In-One Cooker.
 
Sup Gearbox Ala Mamak
 
Bahan-bahan:
 
1 kilo Tulang / Gearbox
2 biji bawang besar-kisar
5 ulas bawang putih – kisar
2 inci halia – kisar
4 sudu makan rempah sup
2 sudu makan rempah kurma
Rempah 4 sekawan
Air secukupnya
Minyak
Garam dan gula secukupnya
1 batang lobak merah
4 biji ubi kentang
Bawang goreng, bawang putih (tumis darat)
Daun sup
 
Cara memasak:
 
1. Bancuh rempah sup dan rempah kurma dengan secawan air.
2. Tumis rempah 4 sekawan, bancuhan rempah sup dan bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan gearbox dan tulang serta air yang cukup.
4. Tekan option beef/lamb dan tunggu hingga masak.
5. Seimbangkan rasa dengan garam dan gula.
6. Masukkan ubi kentang dan lobak merah, masak guna mode sautee.
7. Tuang bahan tumis darat dan carikkan daun sup.
8. Masak hingga 30 minit dan siap untuk dihidang.
#RasaMasakChallengexPhilips
#SyukurBersama
#IndahkanSenyumanEratkanJalinan
@PhilipsHomeLiving.my


Video Berkaitan