Ads
Ads

Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live

Memasak jadi lebih mudah dengan adanya bahan kisar kasar dari Kitchen Saver. Dah tak perlu nak kisar lagi, masa di dapur juga lebih jimat. Bersama Nurhafiza Hashim, pengusaha Bahan Kisar Kasar Kitchen Saver, beliau akan berkongsi resipi Asam Pedas Ikan Kembung dengan hanya menggunakan produk dari Kitchen Saver. Beliau juga akan berkongsi tip penjagaan bahan kisar kasar supaya tahan lebih lama.

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

BAHAN-BAHAN:
1 sudu bawang besar Kitchen Saver
1/2 sudu bawang putih Kitchen Saver
1 sudu serai Kitchen Saver
1 sudu halia Kitchen Saver
1 sudu lengkuas Kitchen Saver
3 sudu cili kering Kitchen saver
2 keping asam keping
Air secukupnya
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar sebiji-belah 2
Kacang bendi
Garam secukup rasa
Ikan kembung – digoreng dulu (terpulang, mentah pun boleh)
1 biji tomato

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan kitchen saver tadi, biar sampai pecah minyak.
2. Masukkan asam keping.
3. Masukkan air.
4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
5. Masukkan bawang besar.
6. Setelah mendidih masukkan bendi, garam secukup rasa.
7. Masukkan ikan.
8. Akhir sekali buah tomato.

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #fblive #asampedasikankembung

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads