Ayam Bakar Tomyam Guna Air Fryer Je
Guna air fyer je! Mudah cepat dan sedap menu ni. Ada lauk ni satu makan dengan nasi pun dah cukup. Jom cuba.
Ayam Bakar Tomyam
BAHAN-BAHAN KISAR:
2 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit gula dan sos ikan
BAHAN-BAHAN LAIN:
1 ekor ayam bersih
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!