No video available
Ayam Liku | Gerenti Jadi EP 21
Ayam Liku atau ayam masak lengkuas juga dikenali sebagai Nasu Likku merupakan sajian unik dari suku kaum Bugis . Sedap kalau makan dengan nasi, burasak atau nasi himpit.
Ayam Liku
Bahan-Bahan:
400ml santan
200grams lengkuas muda – parut
3 batang serai muda – ambil isinya & parut
500grams ayam – potong kecil
2 sudu makan kerisek
1 sudu teh lada putih
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan B (ditumbuk atau dikisar)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 inci kunyit hidup
Cara-cara:
- Masukkan santan ke dalam periuk dan didihkan.
- Masukkan bahan B yang telah ditumbuk atau dikisar ke dalam santan, dituruti dengan lengkuas dan serai muda yang telah diparut.
- Didihkan sedikit sehingga terbit minyak.
- Masukkan ayam dan renehkan dengan api yang kecil sehingga ayam empuk.
- Setelah kuah pekat dan hampir sejat, masukkan kerisik, lada sulah, garam secukup rasa dan sedikit gula.
- Sesuaikan rasanya dan didihkan beberapa minit lagi hingga semua bahan sebati dan agak kering.
- Hidangkan bersama nasi atau burasak atau nasi himpit. Selamat mencuba!
#GerentiJadi
#Rasa