Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home AZIZDMS: SAJI Pan Sizzling Mee & Puding Pisang Lemak Berkrim

AZIZDMS: SAJI Pan Sizzling Mee & Puding Pisang Lemak Berkrim

RESEPI SAJI PAN SIZZLING MEE
Malas nak bersesak2 pegi restoran semata-mata nak makan Sizzling. Sekarang ada cara yang lebih senang untuk korang buat hanya dari dapur sendiri.

Bahan-bahannya:
1 paket Saji Mi Goreng Asli
1 ulas bawang putih – dihiris halus
Sedikit halia – dihiris halus
Ayam atau lain2- dipotong kecil(saya guna udang)
3 kuntum cendawan shitake dipotong
3 cili kering – digunting
1 sudu teh sos tiram
3 sudu teh kicap mi
1 sudu makan tepung jagung + sedikit air
Minyak SAJI untuk menumis
2 cawan air
1 biji telur + Sawi – Hiasan ( jika suka )

Cara-caranya:
1. Panaskan Minyak masak SAJI dan Tumis bawang putih, cili kering, halia hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram, kicap mi. Masukkan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).Biarkan mendidih
3. Masukkan cendawan. Masuk perencah mi goreng SAJI. sedikit garam, bahan perisa Biarkan 1-minit.
4. Masukkan mi Saji, udang, telur, sayur dan
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.Tutup api.
Hah amacam, sempoi kan.
Jangan risau takde sizzling plate pun ok guna pan jerk… Janji rasanya meletup2 dalam mulut yang penting korang kene guna Mi Saji baru ada UMPPHHH 😋
.
Puding Pisang Lemak Berkrim Saji

BAHAN 1:
Pisang di goreng dgn sedikit marjerin/planta sampai kekuningan atau agak lembut yerk. Dah masak boleh susun atas pinggan cantik2 sementara kita tunggu sos siap 😉
(Saya guna 4 biji pisang berangan masak dan marjerin Seri Pelangi) Bahan 2: SOS KASTAD
1/2 cawan susu cair SAJI
Sedikit garam SAJI
1 cawan air
1 biji kuning telur (optional)
1 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir

Cara:
Saya guna cara double boil sebab kastad jadi lebih licin. Didihkan air dalam kuali.
Dalam bekas lain masukkan tepung kastad, garam, gula, susu cair, air. Aduk rata hingga semua bercampur tak berketul boleh letakkan atas kuali yang kita didihkan air tadi.
Masak semua bahan sehingga kepekatan yang kita mahukan.Tutup api.
Pastu bolehlah dituang diatas pisang tadi dan hias ikut selera. Nak senang “Ngap” jer..Konfem terliur abang cakap.Memang lazat, rasa lemak berkrim dari Saji Susu Cair dan Saji Garam Gunung memang membangkitkan selera.
#sajianmisterixRASA #sajianmisteriRASA
@majalahrasa @sajimalaysiaofficial



Video Berkaitan