No video available
Bubur Lambuk Pantai Timur
Tidak lengkap puasa tanpa bubur lambuk. Bubur Lambuk Pantai Timur adalah menu yang unik dan sihat. Bubur lambuk ini lengkap dengan sayur dan protein yang tinggi. Sayur-sayur pula adalah terdiri daripada pucuk-pucuk yang sangat berkhasiat. Bubur lambuk Pantai Timur memang lain macam sedapnya. Tak percaya tengoklah bubur lambuk yang disediakan oleh Chef Amrin ni, memang terliur dibuatnya. Tambah enak bila AJI-SHIO®️ Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO®️ Lada Berperisa diletakkan sebagai perisa dalam masakan.
Jadi nak dapat bubur lambuk istimewa ni, bolehlah datang beramai-ramai ke AEON Mall Kota Baharu pada 22 April yang akan diagihkan secara percuma kepada orang ramai. Tunggu apa lagi, jomlah kita rasa.
BUBUR LAMBUK PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan singgang tumbuk (ikan selayang)
500g isi ayam rebus(carik)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang lobak merah
150g pucuk midin
1 genggam isi jagung
2 batang serai
1 inci halia
1 kotak kecil santan
2 cawan beras
2 sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
2 sudu teh AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 sudu teh garam
2-3 keping nisan kerek
1 genggam bawang goreng
Daun bawang secukupnya
Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
Hi Ajinomoto MY
#rasabuburlambukperdana #ajishio #ajinomoto #meriahkembali #majalahrasa