Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Cream Cheese Garlic Bread l Let's Cooking

Cream Cheese Garlic Bread l Let’s Cooking

Jom try buat roti viral ni.

BAHAN_BAHAN
5 biji roti burger
100gram mozarella cheese dipotong
1/2 tin susu cair
1 sudu tepung jagung
2 sudu mayones
2 sudu susu pekat manis
3 keping cheddar cheese
1/3 sudu lada sulah
100 gram butter
1/2 labu bawang putih dicincang
1pokok daun ketumbar dicincang halus

Cara-cara:
1. Masukkan susu cair, tepung jagung, mayones, susu pekat manis, cheddar cheese & lada sulah di dalam kuali.
2. Kacau hingga semua sebati & tidak berketul. Buka api perlahan, kacau selalu sehingga mendidih & pekat. Tutup api, sejukkan sebentar dan masukkan ke dalam piping bag.
3. Masukkan butter, bawang putih dan daun ketumbar ke dalam kuali.
4. Buka api perlahan, kacau sampai butter cair sepenuhnya.
5. Potong 4 roti burger, tapi jangan sampai putus. Sapu garlic butter di sekeliling dan celah-celah roti. Lagi banyak lagi sedap.
6. Pipekan cream cheese di celah belahan roti & selepas itu susun masukkan mozarella cheese.
7. Buatkan pada semua roti. Alas tray dengan baking paper. Bakar dalam air fryer suhu 190C selama 3-4 minit. Siap & enak dimakan panas-panas.



Video Berkaitan