Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home FAIZURA: Koleh Biru & Sambal Kelapa

FAIZURA: Koleh Biru & Sambal Kelapa

Cabaran kotak misteri Saji
Disebabkan saya adalah peminat kuih tradisioanal, hari ni saya kongsikan 2 jenis kuih kegemaran saya menggunakan produk @sajimalaysiaofficial 😊 Koleh Biru Klate & Tepung Pelita @datinismatia (buat separuh adunan sebab kami bertiga je). @majalahrasa

RESIPI KOLEH BIRU

Bahan2:
• 1 cawan air + 10-15 kuntum bunga telang
(Rebus sehingga kelopak bunga bertukar putih)
• 2 cawan air
• 1 cawan tepung beras(cap 3 gajah)
• 1/2 cawan gula pasir(tak penuh, kurang 1-2sb)
• 1 kotak santan (200ml)
• 1 sk halba
• 1 sk garam

Cara2:
Rebus bunga telang dan ketepikan. Campurkan air & tepung beras, kacau sebati. Tapis campuran tepung beras & air bunga telang. Masukkan gula,garam & halba. Gaul sebati dan masak di atas api sederhana hingga pekat & berkilat. Masukkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak. Tunggu sejuk, potong & golek di dalam sambal kelapa.

SAMBAL KELAPA

• 1 cawan kelapa parut putih
• 1 ulas bawang putih
• 3 ulas bawang merah
• 2 batang serai
• 1 inci halia
• 3 sb gula pasir
• 1 sk garam

Kelapa disangai sehingga garing. Bawang putih, bawang merah, halia & serai ditumbuk lumat. Campurkan semua bahan sehingga sebati & secukup rasa.

TEPUNG PELITA

LAPISAN HIJAU
7 helai daun pandan
2 cawan air
1/2 cawan gula(tak penuh, kurangkan 1-2sb)
1/2 cawan tepung beras
• Kisar daun pandan bersama air dan tapiskan. Campur kesemua bahan. Masak atas api perlahan sehingga pekat & berkilat.

LAPISAN PUTIH
2 cawan santan
1 sk garam
2 sb tepung beras
• Campur kesemua bahan dan masak atas api perlahan sehingga pekat & berkilat.

• Masukkan sedikit gula dalam acuan/bekas.
• Masukkan pula lapisan hijau dan seterusnya lapisan putih.
• Kukus sekejap dalam 5 minit.

Selamat Mecuba 👍

#sajianmisterixrasa



Video Berkaitan