Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Ikan Kerapu Bakar Sos Putih | Gerenti Jadi S2 EP 12

Ikan Kerapu Bakar Sos Putih | Gerenti Jadi S2 EP 12

Sedap Ikan Kerapu buat bakar-bakar ni. Jom try! Pasti sedap lah!

Bahan-bahan:

2 keping fillet/isi ikan kerapu – bersihkan
Garam dan lada sulah secukupnya

Bahan-bahan B:

1 cawan krim masakan
1 sudu makan minyak sayur
3 ulas bawang putih – cincang halus
Lada sulah, lada hitam & garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Renjis garam dan lada sulah pada isi ikan kemudian bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180‎°C selama 15 minit atau hingga ikan masak. Ketepikan.
2. Di dalam kuali, panaskan minyak lalu tumis bawang putih hingga wangi.
3. Tuang krim masakan, tambah lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa. Didihkan krim dengan api kecil hingga semua bahan sebati.
4. Tuang sos putih tadi ke atas ikan bakar. Tambah cincangan daun bawang/parsli jika suka.

#GerentiJadi
#ResipiMasakan
#Ideaktiv



Video Berkaitan