No video available
Ikan Kung Pao | Gerenti Jadi EP 20
Pernah cuba Ikan Kung Pao? Jika anda penggemar masakan Cina, memang rugi kalau tak cuba resipi Ikan Kung Pao yang cukup ringkas dan sedap ni.
IKAN KUNG PAO
Bahan-bahan A:
3 keping isi ikan siakap – potong kecil
Garam secukupnya
1 sudu teh serbuk lada sulah
Tepung jagung secukupnya
Bahan-bahan B :
4 ulas bawang putih – cincang
4 tangkai cili kering – potong seinci
½ biji cili benggala – potong dadu
1 sudu teh serbuk cili/chili flakes
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung jagung + sedikit air – bancuh
3 pokok daun bawang – potong seinci
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
- Satukan isi ikan bersama garam dan lada sulah. Gaul rata dan perap setengah jam (sambil toskan untuk membuang lebihan air).
- Salut isi ikan dengan tepung jagung lalu goreng dalam minyak yang panas sehingga keperang-perangan. Ketepikan.
- Tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili kering, cili benggala, sos tiram, serbuk cili kasar /chilli flakes dan sedikit air. Didihkan sebentar.
- Masukkan isi ikan yang di goreng tadi.
- Masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit air. Tambah garam serta gula secukup rasa bersama daun bawang dan kacau rata.
- Sedia untuk dihidangkan!
#GerentiJadi
#Rasa