Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home JENDELADAPUR91: Otak-Otak Udang & Agar-Agar Cendol

JENDELADAPUR91: Otak-Otak Udang & Agar-Agar Cendol

OTAK-OTAK UDANG
BAHAN-BAHAN
udang- dikisar lembut
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inchi halia*
1 inchi kunyit*
3 biji cili padi*
1 batang serai*
2 sudu cili boh
1 biji limau nipis
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
1 biji telur
1 kiub pati ikan bilis
minyak saji
garam gunung saji
gula kasar
3 sudu santan saji
daun pisang dan lidi untuk membungkus

CARA-CARA MEMASAK
1. kisarkan udang hingga lembut dan ketepikan.
2. kemudian kisarkan bahan bertanda * sehingga lumat
3. tuangkan Minyak masak Saji ke dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar tadi.
4. Masukkan cili boh dan kiub pati ikan bilis masak sehingga pecah minyak. masukkan gula , garam dan santan SAJI kacau rata sehingga masak.
5. Masukkan air perahan limau nipis dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut.matikan api dan biarkan sejuk seketika.
6. ambil bekas campurkan udang yg dikisar dan campurkan bahan tumisan tadi.
7. letakkan di dalam daun pisang ,lipat dan kelimkan dengan lidi
8. bakar 30 minit pada suhu 180’calcius atau sehingga masak.

AGAR-AGAR CENDOL
1 tin susu cair SAJI
3 sudu besar Santan SAJI
secubit Garam SAJI
gula SAJI secukupnya
Cendol secukupnya
daun pandan
10gm serbuk agar-agar
500ml air
gula melaka
acuan

CARA-CARA MEMASAK
1. panaskan 500 ml air, masukkan 1 tin susu cair,3 sudu besar santan, masukkan secubit garam dan serbuk agar-agar.
2. gaul rata sehingga sebati dan masukkan daun pandan biarkan mendidih dan tutup api.
3. tuangkan kedalam acuan dan letakkan cendol didalamnya.biarkan sejuk
4. masak sedikit air bersama 1 ketul gula melaka dan gula kasar SAJI. biarkan cair
5. keluarkan agar- agar cendol ke dalam bekas dan tuang air gula melaka diatasnya.sedia dihidang

#sajianmisterirasa
#sajianmisterixrasa
@majalahrasa
@sajimalaysiaofficial



Video Berkaitan