Ads
Ads

No video available

KAKAKFAA: Rendang Telur Siput Buluh & Kastard Labu

RESIPI RENDANG TELUR SIPUT BULUH⁣
Bahan:⁣
-1 kg siput buluh (basuh, rendam dengan air cuka dan bilas. Toskan)⁣
-3 biji bawang besar⁣
-4 ulas bawang putih⁣
-2 inci halia⁣
-7 tangkai lada kering⁣
-3 batang serai⁣
-3 cawan air⁣
-1 cawan minyak masak SAJI⁣
-1 kotak kecil santan kelapa SAJI⁣
-2 asam keping⁣
-1 sudu besar garam gunung SAJI⁣
-1 1/2 sudu besar gula kasar SAJI⁣
-2 biji telur⁣
-2 helai daun kunyit (hiris halus)⁣
-4 sudu besar kerisik⁣

Cara:⁣
-kisar halus bawang besar, bawang putih, lada kering, serai, halia dan 1 cawan air.⁣
-panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing. Tambah air, santan dan asam keping. Kacau sehingga garing dan pecah minyak.⁣
-perasakan dengan garam dan gula. Kacau. Tambah telur, biar sekejap, kacau perlahan.⁣
-masukkan siput buluh dan daun kunyit. Kacau sehingga rendang masak, kering dan terbit minyak. Tutup api, siap.⁣

——————⁣

RESIPI KASTARD LABU⁣
Bahan:⁣
-2 cawan labu yang dihiris halus⁣
-4 biji telur (kalau guna saiz A/B, guna 3 sahaja)⁣
-3 helai daun pandan⁣
-1 sudu besar gula kasar SAJI⁣
-2 sudu besar sirap gula melaka (boleh ganti dengan hirisan gula melaka)⁣
-secubit garam gunung SAJI⁣
-100ml krimer sejat cair SAJI⁣
-1 kotak santan kelapa SAJI⁣

Cara:⁣
-masukkan telur dalam mangkuk. Koyakkan daun pandan, tambah gula, sirap gula melaka, garam, krimer sejat cair dan santan. Gaul dan ramas ramas daun pandan selama 10 minit.⁣
-buang daun pandan. Tapiskan adunan. Panaskan pengukus.⁣
-masukkan labu dalam adunan kastard tadi. Kacau rata.⁣
-letak acuan dalam pengukus. Kecilkan api, kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Siap. Boleh dimakn panas atau sejukkan dalam peti dahulu.⁣

#sajianmisteriRASA
#sajianmisterixrasa
@shieraijoy ⁣
@majalahrasa ⁣
@sajimalaysiaofficial

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads