Home Kari Ayam Kapitan, Guna Rempah BABA'S Memang Menjadi

Kari Ayam Kapitan, Guna Rempah BABA’S Memang Menjadi

Jangan lupa join Peraduan Jom Masak, Cerita & Menang bersama RASA & BABA’S. Siapa tahu ada rezeki menang wang besar!

KARI AYAM KAPITAN

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam -potong kecil
1 sudu kecil Serbuk Kunyit BABA’S
1 sudu besar Serbuk Cili BABA’S
1 sudu kecil Serbuk Kari Daging BABA’S
1 sudu kecil pes asam jawa
½ kotak santan saiz kecil
Daun bawang – hiris
2 tangkai daun dan akar ketumbar – hiris
Air
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak
2 helai daun limau purut

BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
2 biji cili merah

CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan Serbuk Cili BABA’S, Serbuk Kunyit BABA’S dan Serbuk Kari Daging BABA’S. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam gaulkan sehingga sebati. Tutup periuk supaya minyak ayam keluar.
4. Apabila ayam sudah masak, masukkan santan, asam jawa, gula dan garam.
5. Apabila hampir masak, masukkan daun limau purut dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan tutup api.
6. Sedia untuk dihidang



Video Berkaitan