Ads
Ads

Kari Udang MELETOP | DAPUR RASA LIVE BERSAMA SIS MAS

DAPUR RASA LIVE BERSAMA SIS MAS & MAMA SHIDA. JIMAT, CEPAT & SEDAP MELEKAT!

KARI UDANG

BAHAN-BAHAN:
* 500gm udang saiz XXXL
* 150gm santan kotak + sedikit air.
* 1mangkuk kecil air
asam jawa.
* garam secukup rasa
* gula secukup rasa
* air secukupnya
*. Minyak masak secukupnya utk menumis

BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
2cm halia – hiris halus
2 tangkai daun kari
3 sudu makan rempah kari ikan.
2 sudu makan halba campur

BAHAN KISAR KASAR :
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia

BAHAN CAMPURAN:
5-6 biji kacang bendi
2 biji tomato
5 biji cili besar hijau

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalan periuk.
2. Tumis hirisan bawang besar,. Setelah layu masuk.hirisan bawang putih dan halia.
3. Setelah kekuningan, masukkan bahan kisar. seketika kemudian masukkan daun kari dan halba campur.
4. Apabila naik bau masukkan rempah, kacau seketika dan segera masukkan air asam jawa (utk elak kari hangit). Terus kacau hingga pecah minyak.
5. Tambah sedikit air, kacau lagi, kemudian tambah santan.
6. Setelah mendidih, masukan udang dan kacang bendi.
7. Apabila udang bertukar warna kemerahan perasakan dengan garam dan gula.
8. Jika agak pekat tabah lagi sedikit air.
9. Akhir sekali masukkan cili hijau dan tomato, gaul. Seketika kemudian tutup api.
10. Kari udang sedia dihidangkan.

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads