Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Kek Cheese Leleh | Gerenti Jadi EP22

Kek Cheese Leleh | Gerenti Jadi EP22

Pernah try kek oren cheese leleh? Memang sedap gabungan oren dan cheese! Terliur pula tengok lelehan cheese tu.. Boleh lah cuba nanti ya. Buat sendiri lagi puas hati!

 

KEK CHEESE LELEH Bahan-bahan A:

1 ½ cawan tepung naik sendiri – di ayak ½ cawan air panas ½ cawan minyak sayur ¼ cawan pati oren Sunquick ¼ cawan susu pekat manis ¼ cawan gula kastor 2 biji telur – gred A 1 biji parutan oren 1 sudu teh pewarna oren Keju Cheddar secukupnya (pilihan)

Bahan-bahan B:

200gram krim keju / cream cheese ½ cawan susu pekat manis ¼ cawan susu segar/cair ¼ cawan krim putar / whipping cream (pilihan)

Cara-cara:

1. Pukul telur bersama gula dan susu pekat manis sehingga kembang dan lembut.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan minyak. Gaul sebati.

3. Masukkan pewarna oren, air panas dan pati oren Sunquick. Tambah parutan kulit oren dan gaul sebati.

4. Tuang adunan ke dalam bekas tahan panas.

5. Kukus kek selama 25-30 minit atau sehingga masak dan sejukkan.

6. Sementara itu, pukul krim keju (cream cheese) bersama susu pekat manis sehingga agak lembut dan kembang. Tuang susu segar/susu cair dan krim putar (whipping cream) (jika guna) lalu pukul lagi sehingga sebati.

7. Tuang adunan krim keju (cream cheese) ke atas kek yang telah disejukkan tadi. Tabur parutan keju cheddar secukupnya.

8. Sejukkan di dalam peti ais selama satu jam atau lebih dan boleh dihidangkan!

 

#GerentiJadi #Rasa



Video Berkaitan