Kerabu Peria Katak | Minit Ekspress
Menu yang ringkas dan mudah. Gaul-gaul je dah siap. Kerabu Peria Katak ni memang sedap kalau makan dengan nasi panas atau boleh juga diratah begitu sahaja. Banyak kebaikan kalau makan Peria Katak ni. Antaranya membantu merawat kencing manis, darah tinggi dan juga melancarkan darah haid.
Oh ya, sambil cuba resipi ni, jom sertai Pertandingan Videografi Agromakan @ MAFI Challenge #FromFarmToTable anjuran FAMA. Hadiah wang tunai berjumlah RM14,000 menanti anda. Yuran pendaftaran hanya RM50. Daftar sahaja di https://bit.ly/3uKIunq . Mana tahu anda pemenang yang dicari.
KERABU PERIA KATAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji Peria Katak | dihiris nipis
1 biji bawang besar | dihiris
5 – 6 biji cili padi | dihiris
Ikan bilis secukupnya | digoreng garing
1 biji limau nipis | ambil airnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #kerabuperiakatak #famadihatirakyat #fama #mafi #lebihkanmakanbuah #buahtempatan #myfoodie #empayarmakanan #sayurtempatan #agromas #periakatak #rockmelon #jagung