Ads
Ads

No video available

Kue Teow Udang | Dapur Rasa Live

Istimewa Dapur Rasa Live hari ini bersama tetamu jemputan, Datin Rashidah Yusoff.

KUE TEOW UDANG (2 ORANG)

BAHAN-BAHAN:
6 biji bawang putih (ditumbuk)
5-6 ekor udang (saiz M)
1 peket bebola ikan parang
1 peket kue teow (untuk 6 orang)
1/2 mangkuk taugeh
1/2 mangkuk daun kucai
2 biji telur
2-3 sudu makan Pes Serbaguna Yusra’s Kitchen
2 sudu minyak masak

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak di dalam kuali.
2.Masukkan bawang putih bila dah naik bau masukkan udang.
3.Kacau sebentar
4.Masukkan kue teow anggaran makan untuk dua (2) orang.
5.Kacau rata masukkan 2-3 sudu makan pes serbaguna Yusra’s Kitchen & gaul rata.
6.Ketepikan kue teow di kuali.
7.Pecahkan telur dan besarkan api.
8.Kemudian gaul rata kue teow dan telur.
9.Masukkan sayur taugeh, daun kucai dan bebola ikan, kacau rata.
10.Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

*Pes Serbaguna Yusra’s kitchen boleh juga digunakan sebagai pes mi, nasi goreng, nasi paprik dan sebagai perapan ayam/daging/makanan laut.

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads