Kuih Mahal Rasa Biasa je-Mr.E Jelaskan Segalanya
Dulu RM2 dapat 5 biji kuih. Sekarang dapat 3 pun nasib baik. Rasa sedap pun belum tentu.Ramai yang dah mula merungut, kuih mahal lah, rasa tak setanding rupa lah, kuih viral tapi makan sekali je.
Kita pun pernah rasa benda yang sama. Tapi… berapa ramai antara kita yang betul-betul faham apa jadi di balik dapur para pengusaha kuih ni?
Dalam episod kali ni, kami panggil Ezwan Zain a.k.a Mr. E, pengasas KUEH Café yang bukan calang-calang; viral, banyak cawangan, dan ya… yang tengah digosipkan dengan Cik Erra Fazira tu
Patut kah harga kuih makin naik?Kenapa kuih viral kadang rasa biasa?Apa struggle sebenar nak sustain bisnes kuih zaman sekarang?
Dengar dari mulut pengusahanya sendiri. Real talk. No filter. No sugarcoat.Kalau anda jenis yang suka komen pasal harga kuih, anda WAJIB dengar yang ni.
#majalahrasa #rasashare #sembangdapurrasa #kuehcafe #ingatmakaningatrasa