Lepak Dekat Warung Tiga Lima, Nasi Lemak Sambal Tempoyak Padu !
Bosan nak lepak makan-makan dekat mamak? Jom terjah ke warung Tiga Lima yang terletak di Seksyen 10, di Shah Alam. Ruang makan berkonsep terbuka, memang santai makan di sini. Menu makanan pelbagai. Boleh cuba nasi lemak sambal tempoyak bersama kopi kampung yang mantap rasanya. Pilihan menu makanan yang ada di sini pasti membuatkan anda termenung nak makan apa. Nak ke sini waze jer ‘warungtigalima’.