Mi Kari
Terasa nak makan Mi Kari? Ini ada resipi Mi Kari paling simple yang boleh anda masak untuk keluarga tercinta. Cukup mudah & tak guna banyak bahan. Guna BESTARI Pracampur Serbuk Kari Segera Daging dan BESTARI Stok Ayam je. Memang sedap. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
MI KARI
BAHAN-BAHAN A:
1 peket BESTARI Pracampur Serbuk Kari Segera Daging
500ml santan cair/susu cair
300ml air rebusan ayam
2 sudu teh BESTARI Stok Ayam
8 biji bebola ikan – potong dua
4 biji tauhu pok – potong dua
2 ketul dada ayam – rebus & siat-siat
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B:
1 peket mi kuning – celur
2 batang sawi – potong pendek dan celur
1 mangkuk kecil taugeh – celur
2 biji telur rebus – belah dua
1 biji cili merah – hiris
Hirisan limau nipis/kasturi
Bawang goreng
Cara memasak boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
#RasaSeBestBestari #majalahrasa #rasashare #mikari #resipi #recipe