Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home MRSKIKIN: Kuih Nagasari & Nasi Kuning Sambal Ayam

MRSKIKIN: Kuih Nagasari & Nasi Kuning Sambal Ayam

Resepi Kuih Nagasari & Nasi Kuning Sambal Ayam

Weekend kalini kita bagi wife cuti 😆 suka tengok masakan @datinismatia , abang pun nak cubalah masak something special.. 😁

🐲 Resepi Kuih Nagasari 🐲

Bahan-bahan:

1- Tepung beras 1 cawan
2- Tepung ubi 2 sudu makan
3- Susu cair Saji 1/3 tin
4- Santan Saji 1 kotak kecil
5- Gula 1/3 cawan
6- Garam Saji ½ sudu teh
7- Air 500ml
8- Pisang dipotong
9- Daun Pisang

Cara-cara :

1- Masukkan kesemua bahan kecuali pisang dan daun pisang di dalam mangkuk dan kacau rata sehingga tiada ketulan.
2- Panaskan kuali tidak melekat, kemudian tuang adunan tadi, dengan api sederhana, kacau adunan berterusan sehingga menjadi pekat dan tidak berair.
3- Apabila adunan sejuk, letak satu sudu besar adunan tepung diatas daun pisang dan letakkan seketul pisang ditengah sebagai inti, seterusnya, bungkus kemas.
4- Kukus selama 20 minit.

🍛 Resepi Nasi Kuning Sambal Ayam 🍛

*Bahan-bahan Nasi Kuning:

1- Beras Saji 2 cawan
2-Air 3 1/2 cawan
3- Santan Saji ½ kotak kecil
4- Serbuk kunyit 1 sudu teh
5- Garam Saji 1 sudu teh
6- Gula 1 sudu teh
7- Minyak masak Saji 2 sudu makan
8- Daun Limau purut 4 helai
9- Serai dititik 1

*Bahan-bahan Sambal Ayam:

1- Ayam 6 ketul yg ditambah kunyit dan garam Saji
2- Minyak masak Saji secukupnya
3- Cili kisar 6 sudu makan
4- Bawang merah kisar 6 sudu makan
5- Bawang putih kisar 1 sudu makan
6- Halia 2 inci dihiris
7- Bawang Merah 1 biji dihiris
8- Gula perang 2 sudu makan
9- Garam Saji 1 sudu the
10- Pes asam jawa1 sudu teh
11- Kicap Saji secukupnya

*Bahan Hiasan:

1- Telur dadar gulung dihiris
2- Timun
3- Tomato

Cara-cara :

1- Untuk nasi kuning : Sediakan periuk nasi, basuh beras Saji sehingga bersih dan masukkan kesemua bahan nasi kuning, gaul rata dan masak menggunakan periuk nasi.
2- Untuk sambal ayam : Tuang minyak masak Saji secukupnya dan goreng ayam separuh masak.
3- Buang sedikit minyak dan masukkan kesemua bahan yg dikisar, halia, bawang merah, gula perang, gula, garam Saji dan pes asam jawa.
4- Goreng sehingga pecah minyak dan masak.
5- Masukkan ayam yg digoreng tadi dan tuang sedikit kicap Saji secukup rasa kemudian masak sehingga ayam sebati dengan sambal.

@majalahrasa @sajimalaysiaofficial #Sajianmisterixrasa #sajianmisterirasa



Video Berkaitan