Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Murtabak Mini | Gerenti Jadi EP23

Murtabak Mini | Gerenti Jadi EP23

Teringin makan murtabak telur? Takda masalah! Tahu tak sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk buat murtabak telur, dengan menggunakan kulit popia je..Bahan-bahan lain pun tak banyak dan senang je nak dapat. Boleh lah cuba untuk hidangan minum petang.

MINI MURTABAK TELUR  Bahan-bahan:

Kulit popia secukupnya

1 cawan cincangan ayam

rebus 3 biji telur

1 labu bawang besar – cincang

1 pokok daun bawang – cincang

1 sudu teh kiub pati ayam

Garam dan lada sulah secukupnya

Cara-cara:

1. Pukul telur dengan garfu. Masukkan cincangan daun bawang, kiub pati ayam, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau sebati.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang sehingga wangi, kemudian masukkan cincangan ayam rebus dan sedikit garam.

3. Masukkan campuran telur tadi dan goreng sehingga masak. Sejukkan sebentar.

4. Ambil sekeping kulit popia, letak sesudu inti telur yang telah digoreng tadi, lalu lipat empat segi dan sapukan sedikit telur di penghujung kulit popia supaya inti tidak terkeluar, lalu rapikan lipatan.

5. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng mini murtabak sehingga keperangan. 6. Hidangkan panas. Jika suka boleh dimakan bersama sos atau hirisan cilipadi.

#GerentiJadi #Rasa



Video Berkaitan