Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Nasi Ayam Hainan | DAPUR RASA LIVE BERSAMA CHE ILA

Nasi Ayam Hainan | DAPUR RASA LIVE BERSAMA CHE ILA

Nasi Ayam Hainan

4 Cawan Beras basmathi (nak guna beras biasa/wangi pun boleh)
5 Cawan air (jika beras biasa kurangkan air kepada 4 cawan)
2 keping peha Ayam whole leg
1 bawang besar holland (hiris bulat)
2 kiub ayam maggi (bancuh dengan sedikit air panas)
3 inci halia (Potong halus)
2 sudu sos tiram
1 tangkai daun bawang

1. Masukkan beras, air, bawang, kiub ayam yang sudah dibancuh, sos tiram & kacau sedikit supaya sebati kemudian letakkan ayam diatasnya. Letakkan daun bawang.
2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup.
3. Selepas masak, ayam boleh digoreng atau dibakar semula ikut citarasa.

Sayur Bak Choy
4 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu sos tiram
2 sudu minyak
Air secukupnya

1. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap & masukkan air secukupnya. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan batang sayur, masak seketika & masukkan daunnya. Tak perlu masak lama, matikan api dan boleh dihidangkan.



Video Berkaitan