Nasi Ayam Roasted | Dapur Rasa X Jalen
NASI AYAM ROASTED
Tercari-cari menu mudah dan sedap nak masak untuk keluarga? Jom cuba resipi Nasi Ayam Roasted yang sangat ‘yummeh’ ni. Nasi yang lembut berperisa, makan pula dengan Ayam Panggang yang diperap enak, terasa sampai ke isi. Lengkap dengan sup, Sambal Cili dan Sambal Kicap. Fuh… macam makan dekat kedai! Padu… Puan-puan memang kena cuba. Suami & anak-anak pasti makan bertambah.
SUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 keping ayam bahagian whole leg
1.5 liter air
1 kiub pati ayam
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
2 hiris halia
Bebola ikan secukupnya – jika suka
Daun bawang secukupnya
Bawang goreng secukupnya
AYAM ROASTED
BAHAN-BAHAN:
2 keping ayam bahagian whole leg (yang telah direbus tadi)
2 sudu besar Kicap Pekat JALEN
1 sudu besar Kicap Masin JALEN
2 sudu besar Sos Blackpepper JALEN
2 sudu besar Sos Tiram JALEN
1 sudu besar minyak bijan
NASI AYAM
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras – dibersihkan
1 senduk marjerin
2 hiris halia
2 helai daun pandan
1 batang serai saiz kecil
Sedikit garam jika perlu
Sedikit serbuk kunyit
Air rebusan ayam secukupnya untuk masak nasi
SAMBAL CILI
BAHAN-BAHAN:
5 biji cili merah
2 biji cili padi merah
2 hiris halia
1 sudu besar Cuka JALEN
2 sudu makan Sos Cili Bawang Putih JALEN
Sedikit air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar Kicap Masin JALEN
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 ½ senduk air rebusan ayam
2 sudu besar Kicap Lemak Manis JALEN
2 sudu besar Sos Tiram JALEN
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#Jalen #menJalenkanKelazatan #majalahrasa #rasashare #nasiayamroasted