Pengat Pisang Lemak Berkrim, Resipi Tradisional Melayu
Pengat pisang kelazatan tradisi Melayu dalam setiap suapan. Sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Manis pisang dimakan pula dengan kuah santan yang berlemak, bila kunyah ada terasa kenyal-kenyal sagu. Nikmatnya!
Pengat Pisang
Bahan-bahan:
10 biji pisang berangan/nangka – potong 2-3
1 liter air
2 helai daun pandan
4 sudu besar sagu
1 keping gula melaka – kecil
1 sudu gula pasir
Sedikit garam
1 kotak kecil santan
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #KuihMelayu #pengatpisang #ResipiTradisional #MakananMalaysia