Resipi Mushroom & Peas Butter Masala, Confirm Menjadi
Menu ni boleh makan dengan nasi ataupun roti memang ngam! Resipi ni masakan India korang boleh cuba sendiri masak di rumah. Jom cuba!
Mushroom & Peas Butter Masala
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan mentega
1/2 sudu makan minyak sapi
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu teh jintan manis
1 tin cendawan butang | hiris
1 tin kecil kacang pis
2 biji tomato sederhana | kisar tanpa air
1 biji bawang besar | cincang halus
4 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | cincang halus
8-10 biji kacang gajus | rendam air panas selama 10 minit dan kisar jadi pes
1 ½ sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk garam masala
Garam secukup rasa
2-3 cawan air
1 sudu makan krim putar | boleh diganti dengan susu cair atau santan
Sedikit hirisan daun ketumbar
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #resipimushroompeas #buttermasala #deepavali #resipimudah #resipi #resepi #recipe