Udang Belon Ala Thai | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila
Udang Belon
BAHAN-BAHAN:
Udang secukupnya
1/2 cawan Tepung naik sendiri
1 biji Telur
Garam secukupnya
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan udang, buang kulit udang dan biarkan bahagian ekor.
2. Campur tepung, telur dan garam ke dalam mangkuk.
3. Masukkan air secukupnya. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Pastikan adunan boleh lekat elok dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang panas.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.
TIP:
1. Untuk hasilkan udang belon yang cantik, boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang. Tak perlu belah belakang udang tu.
2. Untuk hasil belon yang lebih cantik, boleh biarkan seketika tepung bancuhan.
3. Seeloknya digoreng menggunakan api yang besar.