
Viral biskut coklat rice yang sangat sedap dan boleh berjimat jika buat sendiri resipi ini, hanya dengan satu adunan boleh dapat 150 biji biskut berbeza jika beli siap belum tentu dapat banyak seperti itu. Sedap ke? Cuba dulu baru tahu! Selamat mencuba.
RESIPI BISKUT COKLAT RICE

BAHAN-BAHAN:
- 250g marjerin pelangi (nak guna butter pun boleh)
- 3/4 cawan gula halus
- 1 biji telur kuning
- ½ cawan serbuk koko
- 1 cawan tepung jagung
- 2 ½ cawan tepung gandum
BAHAN HIASAN:
- putih telur
- coklat rice
CARA MEMASAK:
- Pukul marjerin + gula halus (pukul sebati, guna senduk kayu je)
- Masukkan telur kuning (pukul sekejap)
- Masukkan pula, serbuk koko (gaul bg sebati)
- Masukkan tepung jagung (gaul sebati)
- Akhir sekali, masukkan tepung gandum 2 cawan dulu, Klu adunan lembik, baru masukkan balance td..
(pastikan adunan xtrlalu lembik n xtrlalu keras ye) - Terapkan adunan, mengikut citarasa anda..
- Sapukan putih telur, n taburkan coklat rice sbg hiasan..
- Bakar pd suhu 170c selama 30min, api atas bwh .. (ikut oven masing2)




Kongsi resipi: Siti Norizan (MAHN)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Goreng Rangup ,Ini Caranya

Semua orang suka ayam goreng salut tepung yang rangup seperti makanan di restoran makanan segera. Tapi sayang bila cuba sendiri di rumah hasilnya tidak seperti diharapkan, kalau tidak keras ianya berminyak. Memang potong selera kerana anda sudah membayangkan keenakan dan kerangupan salutan tepung di gigitan yang pertama.
Jangan putus asa atau ulangi kesilapan yang sama, sebaliknya ikut enam tips yang RASA kongsikan ini supaya lepas ini apa sahaja makanan salut tepung yang anda goreng akan rangup seperti diinginkan.
Nak tahu apa tipsnya, baca ye…
1.Gunakan tepung Yang Betul
Untuk mendapatkan makanan goreng salut tepung yang rangup, anda perlu tahu tepung apa yang harus digunakan. Sebagai cadangan campurkan tepung gandum dengan tepung ubi. Kalau nak lebih rangup lagi boleh tambah sedikit soda bikarbonat atau serbuk penaik.
2.Sediakan Adunan Tepung Kering Dan Basah
Anda gunakan dua jenis adunan tepung, satu adunan basah dan satu lagi kering. Setelah minyak dipanaskan, celup ketulan ayam dalam adunan basah kemudian gaulkan dalam adunan tepung kering dan terus goreng. Dengan cara ini adunan kering akan melekat pada adunan basah yang menjadikan bahan gorengan lebih rangup atau crispy.
3.Pastikan Tangan Kering.
Semasa memasukkan atau mengaulkan bahan makanan pada kedua-dua adunan tepung pastikan tangan dalam keadaan kering. Paling mudah gunakan dua tangan berbeza, misalnya tangan kiri untuk memasukkan ayam dalam adunan kering dan kanan yang untuk memasukkan dalam adunan basah. Tujuannya untuk mengelakkan adunan kering menjadi berketul dan basah
4.Goreng Guna Minyak Banyak
Langkah ini wajib lakukan., pastikan anda menggoreng menggunakan minyak banyak atau goreng secara deep frying. Di mana semua bahagian makanan terendam dalam minyak panas dengan sempurna. Sebelum itu pastikan minyak betul-betul panas sebelum memasukkan bahan untuk digoreng.
5.Elakkan Goreng Terlalu Banyak
Menggoreng menggunakan minyak banyak tidak bermakna anda boleh memasukkan bahan gorengan dalam jumlah banyak. Sebaiknya, goreng secukupnya saja supaya cukup ruang untuk gorengan menjadi garing dan tepung yang membalut makanan tidak tertanggal. Akhirnya hasil gorengan lebih rangup dan garing.
6.Tapis Minyak
Ini juga penting anda lakukan, pastikan anda mengguna penapis semasa mengangkat makanan yang digoreng. Tujuannya supaya minyak yang melekat pada ayam goreng turun ke bawah. Dengan cara ini hasil gorengan anda lebih garing tanpa berminyak.
Resipi Ayam Sambal Sedap Macam Dekat Majlis Kenduri

Lauk Ayam Sambal @ Ayam Masak Merah macam yang kita selalu makan di majlis kenduri kahwin tu nampak sedap kan? Lain sikit rasanya berbanding Ayam Sambal yang biasa kita masak di rumah. Warna merah tapi rasa tak pedas. Hmm…Memang buka selera. Nak Jangan lupa cuba resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni ya. Sesuai sangat nikmati dengan aneka nasi tumis tau nasi putih.
RESIPI AYAM SAMBAL @ AYAM MASAK MERAH KENDURI

BAHAN A:
- Ayam – dipotong
- 1 batang serai – kisar
- 1 hiris halia – kisar
- 1 ulas bawang putih – kisar
- 3/4 sudu makan serbuk kunyit – beli online disini
- 1 sudu teh perencah Hilal – jika ada
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit air
BAHAN B ( KISAR):
- 1 biji bawang merah – saiz bola pingpong – beli online disini
- 1/2 biji bawang holland – beli online disini
- 1 ulas bawang putih – beli online disini
BAHAN C:
- 2 biji cili merah – kisar
- 1 1/2 sudip cili kisar – beli online disini
- 3/4 sudu makan gula melaka hancur – beli online disini
- 1 1/2 sudu makan gula
- 3/4 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh perasa
- Air asam jawa ( 1/2 gelas air + secubit kecil asam jawa)
- 1/4 cawan air
- 3/4 sudip sos cili – beli online disini
BAHAN D:
- 1 biji bawang holland | dihiris dan digoreng seketika
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Ia ikut cara masak stail kenduri. Ayam direbus dahulu. Barulah isinya tidak keras.)

2. Setelah direbus, goreng ayam seketika menggunakan minyak panas. (Jangan goreng terlalu garing kerana nanti isinya akan keras.) Angkat dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan B hingga naik bau.

4. Kemudian masukkan cili merah kisar.

5. Diikuti dengan cili kisar. Tutup seketika kuali dengan tutup periuk dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

6. Perasakan dengan gula melaka, gula, garam dan perasa. Boleh ubah suai jumlah ikut citarasa anda. Tutup lagi kuali bagi menaikkan warna sambal. Masak guna api perlahan sahaja.

7. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jumlah air bergantung pada kepekatan kuah yang anda nak. Tutup kuali sekali lagi.

8. Masukkan sos cili. Kacau rata.

9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan biar selama 3-4 minit supaya kuah meresap pada isi ayam.

10. Akhir sekali tabur hirisan bawang holland yang telah digoreng seketika. Kacau rata.

11. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Udang Berempah Sedap, Masak Sendiri Barulah Puas Makan
Resipi Pizza Homemade Lembut & Sedap. Memang Best Bila Buat Sendiri
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Ayam Bistik Homemade Sedap & Mudah, Lauk Berkuah Penuh Rasa!

Resipi Ayam Bistik Homemade memang sedap dan sangat mudah dimasak! Hidangan ini sesuai untuk anda yang sukakan lauk berkuah dan berperisa. Perkongsian resipi ini datang daripada Rozmaliza Omar yang terkenal dengan resipi ringkas tapi penuh rasa. Bahan-bahannya mudah didapati dan rasanya memang padu.
Kalau anda atau keluarga gemarkan masakan bersos yang pekat dan manis masin seimbang, inilah pilihan terbaik. Resipi Ayam Bistik Homemade ini bukan sahaja enak dimakan dengan nasi panas, tetapi juga sesuai digandingkan dengan roti benggali. Kalau tiada ayam, boleh sahaja gantikan dengan telur atau daging — tetap sedap dan berlemak. Jom kita cuba!
Bahan-Bahan Isi Ayam Bistik Homemade
- 2 keping dada ayam
- 2 sudu makan serbuk lada sulah
- 2 sudu makan tepung jagung
- 1 biji telur (dipukul sedikit)
- Sedikit garam
Cara Menyediakan Isi Ayam:
- Cincang atau kisar isi ayam hingga lumat.
- Satukan dengan tepung jagung, serbuk lada sulah, telur, dan garam. Gaul rata dan perap sekejap supaya perisa meresap.
- Bulat-bulatkan adunan ayam dan goreng dalam kuali non-stick dengan sedikit minyak hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Bahan-Bahan Kuah Bistik:
- 3 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
- 1 inci halia – ditumbuk lumat
- 1 kiub pati ayam
- 2 sudu teh lada hitam – ditumbuk
- 2 biji cili merah – dihiris
- 3 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan kicap masin
- 2 sudu makan sos tiram
- 4 sudu makan sos cili
- 1 1/2 cawan air
- 2 sudu makan tepung jagung + sedikit air (bancuhan)
- 1 biji bawang besar – dipotong bulat
- 2 biji kentang – dipotong baji
- 2 biji buah tomato – dibelah dua
- Sedikit kacang peas atau mix vege
- Daun sup untuk hiasan
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasak Kuah Ayam Bistik Homemade:
- Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

- Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan lada hitam, semua jenis sos, air, pati ayam, gula dan garam. Kacau rata hingga kuah mendidih.

- Masukkan isi ayam dan kentang goreng tadi. Biarkan mendidih perlahan.
- Tuangkan bancuhan tepung jagung dan kacau supaya kuah ayam bistik homemade menjadi lebih pekat.
- Masukkan hirisan cili merah, buah tomato dan kacang peas atau mix vege. Kacau hingga kuah berkilat dan sebati.
- Angkat dan hiaskan dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan.

Tips Tambahan Untuk Ayam Bistik Homemade Lebih Sedap
- Gunakan dada ayam segar untuk tekstur lebih lembut dan berjus.
- Kalau suka kuah lebih pekat, tambahkan sedikit lagi bancuhan tepung jagung.
- Boleh juga tambah sedikit madu atau sos BBQ untuk aroma tambahan.
- Jika mahu lebih pedas, tambahkan serbuk cili atau hirisan cili padi.
Kesimpulan
Resipi Ayam Bistik Homemade ini bukan sahaja mudah dibuat, tetapi juga sesuai untuk seisi keluarga. Rasa kuahnya yang pekat, manis, masin dan sedikit pedas menjadikan ia lauk sempurna untuk dinikmati bersama nasi panas atau roti benggali. Dengan bahan-bahan mudah dan cara penyediaan yang ringkas, anda pasti puas hati setiap kali memasaknya. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kerabu Telur Masin Mudah & Sedap. 10 Minit Je Dah Siap.
Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak
Cara Buat Sira Buah Cermai. Resipi Orang Dulu-Dulu Yang Sedap & Wajib Cuba
Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera
Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Bancuh Sendiri Kopi Ais Super Kaw. Sangat Sedap, Nikmat Tak Terkata
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official






