Viral Biskut Coklat Rice Guna 1 Adunan Jer Boleh Dapat 150 Biji Biskut. Jimat!

Share

Viral biskut coklat rice yang sangat sedap dan boleh berjimat jika buat sendiri resipi ini, hanya dengan satu adunan boleh dapat 150 biji biskut berbeza jika beli siap belum tentu dapat banyak seperti itu. Sedap ke? Cuba dulu baru tahu! Selamat mencuba.

 

RESIPI BISKUT COKLAT RICE

BAHAN-BAHAN:

  • 250g marjerin pelangi (nak guna butter pun boleh)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 biji telur kuning
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 ½ cawan tepung gandum

BAHAN HIASAN:

  • putih telur
  • coklat rice

 CARA MEMASAK:

  • Pukul marjerin + gula halus (pukul sebati, guna senduk kayu je)
  • Masukkan telur kuning (pukul sekejap)
  • Masukkan pula, serbuk koko (gaul bg sebati)
  • Masukkan tepung jagung (gaul sebati)
  • Akhir sekali, masukkan tepung gandum 2 cawan dulu, Klu adunan lembik, baru masukkan balance td..
    (pastikan adunan xtrlalu lembik n xtrlalu keras ye)
  • Terapkan adunan, mengikut citarasa anda..
  • Sapukan putih telur, n taburkan coklat rice sbg hiasan..
  • Bakar pd suhu 170c selama 30min, api atas bwh .. (ikut oven masing2)

Kongsi resipi: Siti Norizan‎ (MAHN)

Published by
Mastura Abu Kassim