Viral Di Tiktok Resipi Nasi Daging Guna Lauk Dalam Tin. Sedap Rupanya!

Share

Suka makan Nasi Daging? Ada resipi mudah yang guna Kurma Daging yang hangat dikongsi di aplikasi Tiktok. Resipinya sangat mudah. Hanya menggunakan Kurma Daging Adabi dalam tin, anda boleh menyediakan sajian istimewa ini dengan begitu mudah sekali. Menerusi perkongsian saudari Cik Sara, beliau tunjukkan cara-cara untuk menyediakan hidangan Nasi Daging menggunakan Kurma Adabi. Selamat mencuba!

RESIPI NASI DAGING GUNA KURMA DAGING ADABI

 

BAHAN-BAHAN:
1 tin Kurma Daging beli online disini
Beras (anggaran 2-3 orang makan) – basuh bersih
Air secukupnya
Lobak merah – potong kecil
Bawang merah – potong
Cili – jika suka
1-2 helai daun pandan
Rempah 3 sekawan

CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak atau mentega, tumis bawang merah, rempah 3 sekawan dan daun pandan hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan Kurma Daging. Kacau seketika.


3. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk nasi bersama bahan tumis tadi.


4. Tambahkan air mengikut sukatan biasa anda guna untuk masak nasi.
5. Tekan ‘on’ dan tunggu nasi masak.


6. Nasi Daging sedia untuk dinikmati. Boleh dihidang bersama air asam, acar, dalca, Ayam Masak Merah dan sebagainya mengikut selera masing-masing.

NOTA:

  • Jika tiada masa, boleh sahaja masukkan beras, Kurma Daging dan air (sukatan biasa anda guna untuk masak beras) terus ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
  • Ada juga yang memasak nasi ini dengan sukatan 1 tin Kurma Daging = 2 1/2 @ 3 pot beras.

Kredit resipi & foto: Cik Sara

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur