Viral Donat Red Velvet Eira Aziera, Terjual 3,000 Biji Dalam Masa 2 Jam, Pelanggan Sanggup Beratur Panjang, Ini Rahsia Kejayaannya

Share

Apabila influencer media sosial, Eira Aziera mula berkongsi resipi dan menjual donat red velvet, kita mulai nampak perubahan media sosial kita. Asyik lalu lalang di media sosial bagai dilanda ombak donat merah.

Itulah penangannya apabila seorang influencer menjual di media sosial menggunakan kekuatan LIVE. Ramai yang turut membuat donat red velvet dan berkongsi foto di media sosial.

Meninjau suasana di lokasi membuat dan menjual donat red velvet ini iaitu di Restoran Ayam Goreng Thor, nyata barisan pembeli memang sangat panjang. Menurut empunya restoran iaitu Mohd Zaki bin Salleh, beliau bekerjasama dengan Eira atas dasar sahabat yang dahulunya sama-sama berniaga di jalanan.

Mohd Zaki (kiri) telah lama bekerjasama dalam bisnes dengan Eira.

“Saya menyediakan tempat. Eira boleh membuat LIVE dan menjual donat di satu sudut yang telah saya khaskan untuknya. Dalam masa sama, saya berniaga di restoran seperti biasa. Win-win situation apabila Eira ada lokasi untuk berniaga donat dan dalam masa yang sama, restoran saya dikunjungi ramai orang,” ujar Mohd Zaki.

RAHSIA KEJAYAAN EIRA AZIERA

Iera berjaya menarik sehingga 500 pengunjung sehari ke lokasi jualan donatnya.

 

Apakah rahsia kejayaan Eira yang dapat menjual 3,000 biji donat dalam masa 2 jam? Ini rahsia kejayaannya dari kaca mata rakan bisnesnya, Mohd Zaki sendiri.

1) Membuat LIVE sudah jadi satu perniagaan buat Eira. Jangan terkejut, Eira tidak ada produk sendiri. Dia jual produk orang.

Eira telah biasa buat LIVE di media sosial.

2) Kejayaan Eira berkait rapat dengan disiplin dan komitmen diri sendiri. Dia memang gigih.

3) Sejak bertahun-tahun dulu, Eira LIVE di media sosial 8 kali sehari tanpa gagal. Dia menggunakan 7 buah telefon bimbit. Tak pernah lagi ada alasan tiada line atau tiada bateri. Sentiasa bersedia. Tiada alasan.

4) Eira membina follower telah sekian lama. Dia jaga branding dan sentiasa keep in touch dengan follower dia.

DONAT RM3 SEBIJI

Memperkemas sisi donat supaya cantik kejadiannya.
Eira bersama donat red vetvet yang sedang viral sekarang ini.

Apabila menjual donat dengan harga RM3 sebiji, ramai yang kata mahal. Namun menurut Mohd Zaki, Eira telah lakukan yang terbaik termasuk berkongsi resipi Donat Red Velvet mengikut resipi asal.

Sentiasa ceria. Itulah personaliti Eira Aziera.

Menurut Mohd Zaki lagi, bagi yang tidak mahu membeli donat daripada Eira disebabkan masalah harga atau mungkin berada terlalu jauh dari Sungai petani, boleh buat sendiri donat di rumah ikut kepada resipi yang telah diberikan dalam LIVE.

“Sepeket tepung gandum dengan berat 1 kilogram boleh dapat 35 biji kalau ikut resipi yang diberikan oleh Eira. Jumlah 35 biji itu mungkin banyak untuk dimakan seisi keluarga. Jadi bolehlah berikan kepada orang sekeliling atau frozenkan,” tambah Mohd Zaki.

Cetak donat menggunakan gelas.

Kejayaan Eira menjual donat red velvet juga sangat dipengaruhi oleh sokongan ramai pengikut Eira sendiri dan juga kegigihan Eira sebagai usahawan.

“Tepat jam 11 pagi, Eira dan team telah mula menguli tepung. Tepung telah dibancuh awal di kilang. Di restoran, mereka uli untuk buang angin dalam tepung dan mencetak donat menggunakan gelas,” ujarnya.

Mohd Zaki sendiri kagum dengan situasi kunjungan ramai pelanggan ke kedainya sejak kehadiran Eira menjual donat di Restoran Ayam Goreng Thor.

Inilah kejadiannya.

“Setengah pemilik restoran asyik update status di media sosial bulan ni sales sendu sebab kurang pelanggan. Tapi sales donat Eira meroket. Sampai beratur panjang. Saya sendiri terpaksa upah RELA untuk bantu susun pelanggan yang beratur di luar kedai. Sebab apa jadi macam tu? Bukan sebab tiada pelanggan kerana orang sentiasa keluar cari makan. Sebabnya adalah kita tiada follower. Kita tiada pelanggan tetap yang cukup ramai macam Eira Aziera,” katanya menutup bicara.

Suasana di kedai sentiasa ramai sejak ada donat red velvet.
Inilah kedai makan yang jadi lokasi jualan donat red velvet Eira Aziera.

DONAT RED VELVET BY EIRA AZIERA @ RESTORAN AYAM GORENG THOR

LOKASI: Depan Hospital Pakar Metro Sungai Petani, Kedah.
WAKTU URUS NIAGA DONAT: Jam 3 petang sehingga habis dijual.

KREDIT: facebook Mohd Zaki bin Salleh

Published by
Maryam Elyas