Kecoh dan viral di media sosial mengenai harga ikan siakap yang dinikmati di salah sebuah restoran di Langkawi yang di cas dengan harga terlajak mahal dan tidak masuk akal.
Rentetan kes ini, pelbagai komen dan pandangan ramai boleh dibaca di media sosial. Ada yang positif kerana mengambil kira pelbagai faktor dan ada juga yang berpandangan sebaliknya.
Tidak hanya berdiam diri, wakil restoran telah tampil untuk menjelaskan keadaan. Menerusi hantaran yang dilakukan oleh saudari Syikin Musa, beliau menerangkan situasi dari pihak mereka pula.
Assalamualaikum sy wakil dari restaurants yang viral berkenaan dengan siakap hidup 7.48kg. Disini sy dengan rendah diri cuba menerangkan apa yang berlaku pada hari kejadian, berkenaan dengan saiz ikan, saya sendiri sudah menerangkan kepada pihak customer berkenaan dengan size ikan yang besar disebabkan ikan tersebut merupakan ikan show di sangkaq ikan kami dan selalunya kami tidak jual ikan ni dan sy juga telah rekemen supaya beliau dan ahli keluarga supaya ambil ikan yang lain didalam petak yang untuk order makan(ikan merah dan kerapu), size ikan di dalam lebih kecil size lebih kurang 1.00kg-1.5kg shaja tetapi pihak customer masih lg insist untuk ambil ikan siakap show walaupun telah di beritahu ikan tersebut bersize mega, dan apabila pihak kami telah tangkap ikan siakap tersebut menggunakkan tali pancing dan panggil beliau supaya melihat size ikan semasa beliau di meja makan tetapi beliau menolak untuk melihat size ikan dan beritahu kami proceed dgn ordernya.
Berkenaan dengan anggaran size yang ditunjukkan oleh pihak kami yang dikatakan memanipulasi size ikan pihak kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran size ikan memang besar dan disebabkan itu beliau mengambil seekor ikan sahaja. Tetapi beliau masih lagi proceed untuk order dan ada yang mention berkenaan telur dadar yang mahal sebenarnya satu plate ada 3-4 biji dalam satu plate, dan telur itu bersize besar dan saya rasa harga berkenaan normal disebabkan perniagaan kami di floating restaurants mengambil kira kos yang perlu di keluarkan
Point kedua berkenaan dengan cad credit 5% pihak kami tidak caj apa2 pn di dalam pembayaran beliau , bil yang di tunjukkan cuma satu bill sahaja. Bil pertama berjumlah rm1759.50 dan bil kedua berjumlah rm93.00 total untuk 2 bil tersebut rm1852.50.
Dan berkenaan orang belakang yang dikatakan “pasrah” dgn bill juga tu juga order lobster(950g) hampir 1 kg, ketam, ikan kerapu harimau.
Ads
Dan bekenaan dengan harga yang mengatakan harga ikan tidak munasabah, kami menjual ikan hidup dan semua yg dijual di restaurant adalah live seafood. ikan di darat dijual mungkin rm9/100gram tetapi kami menjual rm16/100gram disebabkan ikan hidup.
Byk yg dalam komen mention pejabat zakat lhdn apa semua jgn risau semua kami pembayar zakat dan cukai sebagai warganegara malaysia.
Begitulah penjelasan dari pihak restoran mengenai siakap langkawi viral ini. Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai komen dari pelanggan yang terpaksan membayar RM1196.80 untuk seekor ikan siakap yang seberat 7.480 kg.
Bestari Food Malaysia dengan kerjasama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. berjaya melaksanakan acara Pertandingan Memasak Midas 20 tahun di Pasar Raya Midas Mart Pandan, di sini kelmarin.
Penganjuran pertandingan itu merupakan acara kemuncak sempena ulang tahun Midas Mart ke-20 yang telah pun bermula pada 1 November lalu dan berakhir pada 4 Disember ini.
10 kumpulan layak dan terpilih ke pertandingan masakan ini, adalah merupakan pelanggan yang membeli barangan keperluan di Midas Mart.
Setiap peserta atau kumpulan, perlu menyiapkan dua jenis masakan utama serta satu masakan pencuci mulut berasaskan produk Bestari dan Adabi menggunakan bahan-bahan mentah yang telah disediakan oleh pihak Midas Mart.
Pasangan adik beradik, Ruksanna Begum Hassan, 42, dan Rukzanora, 40, berjaya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Memasak Midas 20 tahun yang membawa pulang hadiah voucher tunai RM1,000 beserta hamper tajaan Bestari dan Adabi.
Ruksanna berkata, dia dan adiknya mengambil masa lima minit untuk mencari idea masakan setelah meninjau bahan mentah serta produk yang disedikan pihak penganjur.
Nasi Berempah Bestari, Sotong Kari Bestari, Udang Sambal Tumis Adabi serta Puding Kastart Bestari yang disediakan Ruksanna dan adiknya, berjaya menambat hati juri.
Sementara itu, pemenang tempat kedua membawa pulang voucher tunai RM500 serta hamper, dirangkul pasukan kedua yang dibarisi Norhashimah Hassim dan Nurul Huda.
Tempat ketiga pula dimenangi pasang adik beradik, Noraini Matron dan Junidah, manakala tujuh peserta kumpulan lain membawa pulang hadiah saguhati berupa voucher tunai RM50 serta hamper.
Bagi peminat rancangan masakan Masterchef Australia, Jock Zonfrillo pastinya bukan asing lagi. Selama beberapa musim beliau memeriahkan rancangan bersama gandingan 2 lagi chef, berita pemergian beliau ini tentunya sangat mengejutkan dan diratapi ramai.
Meninggal di usia 46 tahun, berita menyedihkan itu diumumkan keluarga chef terkemukan Australia itu dalam satu kenyataan di media sosial pada Isnin.
Lebih menyedihkan, pemergian mendiang dikatakan sebelum bermulanya episod satu musim terbaru Masterchef Australia.
Memetik dari sumber portal Sinar Harian, Zonfrillo yang berdarah kacukan Scotland-Australia dan bapa empat anak dilaporkan ditemui mati oleh polis di Melbourne.
Zonfrillo dilahirkan di Glasgow, Scotland pada 4 Ogos 1976 dan mendapat latihan sebagai cef di United Kingdom (UK) sebelum berpindah ke Australia pada awal 2000.
Ketika Menetap di Adelaide, Zonfrillo membuka Restoran Orana yang terkenal pada 2020 dan memenangi pelbagai anugerah.
Mendiang kemudian beralih karier ke televisyen dengan menjadi juri tetap MasterChef Australia untuk musim ke-12.
Sebelum itu, mendiang menjadi juri jemputan untuk musim ke-10 dan ke-11. – Sinar Harian/ Agensi
Nikmati juadah fusionyang lain daripada yang lain! Hasil kreativiti CU dan chef selebriti Malaysia popular Dato’ Fazley Yaakob, juadah ini merupakan rangkaian sedia untuk dimakan berinspirasikan Tahun Baru Cina yang diberi nama Dato’ Fazley Yaakob Creation Series dan pasti akan membuka selera anda.
Untuk siri ini, Chef Dato’ Fazley menggunakan kepakarannya menggabungkan makanan kegemaran tempatan Malaysia dengan elemen masakan Korea dan Cina terpilih untuk menghasilkan masakan unik khusus untuk CU.
Juadah ini cukup sempurna untuk menyambut Tahun Baru Cina. Sama ada dinikmati sendiri atau bersama orang tersayang, anda pasti menyukainya!
Dr Blake Dang, Pengarah di MYCU Retail berkata, “Di CU, kami sentiasa berusaha menyediakan produk berkualiti terbaik dan pengalaman unik buat pengguna dan pembeli. Kerjasama dengan Chef Dato’ Fazley ini bermula dengan daya inovasi beliau sebagai seorang chef, sejajar dengan nilai teras kami di CU iaitu untuk menyediakan pengalaman segar dan menyeronokkan buat pelanggan. Kami menimba pengalaman menarik sepanjang berkolaborasi dengan beliau, bermula dari pembentukan idea hingga ke pembuatan rangkaian sedia untuk dimakan ini. Kami tidak sabar untuk pelanggan kami mencubanya!”
Rangkaian Dato’ Fazley Yaakob Creation Series menggabungkan rasa unik dan ramuan kegemaran Malaysia untuk menghasilkan perisa hebat dan membangkitkan selera dalam kelima-lima juadah. Dengan hidangan sebegini enak, unik dan premium serta ditawarkan pula pada harga berpatutan, siapa yang tak akan suka?
Menurut Chef Dato’ Fazley, CU dan Korea merupakan sumber inspirasi utama dalam hidangan ini. “Saya suka melihat betapa muhibahnya masakan Malaysia, dan amat meminati seni kulinari Korea dan Cina. Sepanjang menjadi chef, saya telah mengenal pasti beberapa hidangan yang pasti enak digandingkan dengan selera rakyat Malaysia. Rangkaian ini merupakan hasil kombinasi enak berperisa ini. Saya cukup gembira bekerjasama dengan CU dan berharap juadah yang kami hasilkan boleh dinikmati semua!”
Rangkaian juadah sedia untuk dimakan ini terdiri daripada lima hidangan unik dan penuh perisa:
Sanwic Daging Carik Lemak Cili Api Telur Mayonis 59
Daging yang dimasak dalam campuran lemak santan, kunyit dan rempah lain, dihidang dengan telur cili api untuk keenakan maksimum.
Roti Bandung Strawberi 99
Dibuat dengan tepung Jepun, ban lembut dan gebu berinspirasikan Bandung ini cair dalam mulut anda dengan keenakan dan kewangian rasa Bandung dan jem strawberri.
Laksa Negeri Sembilan 99
Hidangan istimewa kegemaran Chef Dato Fazley. Mi kenyal dihidangkan bersama ramuan laksa enak dalam kuah yang kaya, berkrim dan berempah.
Gimbap Nasi Lemak Sambal Oren 99
Hidangan yang mempunyai kisahnya tersendiri. Oren melambangkan kemakmuran, nasi melambangkan kekayaan, manakala sambal menyatukan kita semua. Hidangan hebat penuh makna dan perisa!
Nasi Goreng Yuan Yang bersama Ayam Rumpai Laut Berkuah 99
Dihidangkan dengan popia goreng, hidangan fusion Cina-Melayu ini merupakan kombinasi unik perisa enak bersama-sama ayam rumpai laut.
Kunjungi kedai CU yang berdekatan dan cuba sendiri keenakan hidangan fusion ini hari ini!
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!