Dah lama tak viral pasal kek..Tup..tup keluar pulak kek coklat 4 sudu. Apa yang 4 sudu mesti pelikkan, rupanya semua bahan yang digunakan dengan sukatan 4 sudu makan. Memang senang sangat, bahannya pun mudah untuk didapati. Semudah ABC, kamu wajib cuba tau… anak-anak mesti suka!
KEK COKLAT 4 SUDU
BAHAN-BAHAN:
- 1 bji telur
- 4 sudu makan gula
- 4 sudu makan tepung
- 4 sudu makan minyak masak
- 2 sudu makan coco powder ( kalau takde boleh ganti 2 sudu coklat masakan )
- Baking powder & baking soda 1/2 sudu
CARA MEMASAK:
- Gula & telur gaul guna sudu smpai sebati je.
- Masuk tepung, coco powder, minyak, baking powder & soda gaul sebati .
- Kukus 20 minit api besar .
Siap!!
Kongsi resipi: Erynz Syazeryn