
Menu udang galah? Mesti mahal! Itu antara ayat yang akan terkeluar dari mulut kalau bercakap pasal makanan seafood ni, tapi kalau harganya berpatutan memang berbaloi kan. Menarik di kedai Mat Mee Udang ni adalah menu utamanya Mee Udang Maroos yang terlajak mewah dengan udang yang besar dan meriah banyaknya. Kalau kamu jenis yang elergik tengok udang bolehlah menjengah kedai ni..
Antara Menu Lain:
* Mee Buboh Udang
* Udang Dlm mee
* Udang 5 ekor dalam Mee
Lokasi : Chekok, Chetok. #PasirMas jln sungai keladi. Blkg sjkc poy hwa.
Masa Buka : 12 PM ~ 12 AM

RESIPI MEE KUAH UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN UNTUK MEE KUAH UDANG GALAH
- 5bji ubi kentang drebus dn diblend..
- 4biji ubi keledek direbus dn diblend..
- sgenggam cili kering diblend..
- udg galah/udg biasa pn bleh..
- 500gm daging di potong..
- sdikit kcg goreng yg dtumbuk kasar..
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MEE KUAH UDANG GALAH
- satukan bhn yg dblend ke dlm periuk dn masakkan shingga mdidih..
- masukkan daging dn rebus shingga empuk..
- taburkan kcg goreng..
- masukkan udang..
- taburkan garam dn sdikit perasa..
TUMIS DARAT MEE KUAH UDANG GALAH
- 4bj bwg kecil
- 3bj bwg putih
- ptong halus dn tumis hingga garing
- tuangkan smua bhn tumis dlm kuah..
- taburkan daun bwg..
NOTA : Boleh dihidangkan bersama apa sahaja jenis mee. Masukkan telur rebus,tauhu goreng dan tauge yang dicelur.
Kongsi resipi: Amira haziq
CUBA JUGA RESIPI SEDAP INI:
http://www.rasa.my/mee-goreng-basah-sedap-meletops-mudah/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Gunting Crispy Sedap Macam Dekat Pasar Malam

Isi Kandungan
ToggleSiapa suka Ayam Gunting? Ha..kalau pergi pasar malam, pasti terliur je tengok ayam goreng panas-panas tu kan? Ada pula serbuk tabur tu. Lagi lah ralit makan.
Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Ayam Gunting ni secara homemade, boleh cuba resipi perkongsian saudara Are Peace ni. Resipi ni belaiu dapat dari peniaga Ayam Gunting sendiri. Jom cuba!
CARA MASAK AYAM GUNTING ALA UNCLE BOB SEDAP MACAM DEKAT PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN:
- Isi ayam | dihiris nipis
- 1 kotak kecil tepung goreng ayam serbaguna – beli online disini
- 1 1/2 cawan serbuk roti – beli online disini
- Telur | dipukul
CARA MEMASAK:
- Campur tepung goreng ayam bersama serbuk roti.
- Kemudian masukkan ayam. Gaul hingga rata.
- Celup ayam di dalam bancuhan telur.
- Masukkan kembali ke dalam adunan tepung tadi. Salut rata.
- Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
- Angkat dan toskan minyak. Tabur serbuk perasa ayam gunting.
( Masa memasak, goreng ayam sekeping demi sekeping. Jangan masukkan semua ayam ke dalam tepung.)
BAHAN SERBUK AYAM GUNTING
1 kiub pati ayam – beli online disini
2 sudu makan paprika – kalau suka pedas, boleh tambah – beli online disini
1/2 paket twisties BBQ
1/2 sudu makan serbuk lada hitam – beli online disini
1 sudu makan gula
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan-bahan diatas dan kisar kering.
2. Tabur atas ayam gunting tadi.
3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Sambal Bilis Belimbing Buluh, Masak Macam Ni Memang Padu

Isi Kandungan
ToggleSedapnya Sambal Bilis Belimbing Buluh ni. Menu ringkas yang sangat membuka selera. Nak buatnya pun tidak susah malah tidak menggunakan banyak bahan. Cubalah resipi perkongsian saudari Nanie Rosnani ni. Pasti makan sampai bertambah-tambah nasi di pinggan.
CARA MASAK SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis – beli online disini
2 biji cili merah dan cili padi secukupnya – jumlahnya boleh sesuaikan dengan kepedasan yang disukai
4 biji bawang merah – beli online disini
Belacan secukupnya– jika suka – beli online disini
Belimbing buluh secukupnya – hiris bulat. Jika suka masam, boleh lebihkan jumlahnya
Petai – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Ikan bilis dibersihkan. Kemudian tumbuk bersama cili merah, cili dan belacan. Boleh tumbuk kasar atau halus ikut cita rasa.
2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi.
3. Kemudian masukkan hirisan belimbing buluh dan juga petai.
4. Tumis hingga garing dan bahan tumisan menjadi pecah minyak.
5. Perasakan sambal dengan garam serta gula dengan secukupnya.
6. Sambal Bilis Belimbing Buluh siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nanie Rosnani
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Keju Meleleh Pandan Kukus. Lembut Gebu Memang Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
6 Hidangan Pasta Hidangan Lazat Terlajak Rajin. Sedap Menyelerakan!

Gemar masakan barat terutama pasta tapi bosan asyik masak menu biasa. Ubah selera dengan pelbagai resipi pasta yang membuat anda berselera.
1. SEAFOOD PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pasta penne
- 5-6 ekor kepah
- 5-6 ekor udang
- 3 ulas bawang putih cincang halus
- 4 sudu makan pes tomato
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam kuali dengan sedikit garam. Celur pasta selama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat yang suam. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan kepah, udang dan pes tomato. Didihkan selama 6-8 minit.
- Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan pasta rebus dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan hidangkan segera.
INFO CHEF: Boleh tambah/guna seafood mengikut bajet anda.
2. PESTO PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket pasta panjang – spageti/tagliatelle/linguine/fettucine
- 2 cawan cincangan daun basil segar
- ½ cawan keju parmesan/romano | parut halus
- ½ cawan minyak zaitun
- ¼ cawan kacang pain |panggang
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk. Rebus pasta mengikut arahan pada bungkusan dan toskan. Ketepikan.
- Untuk membuat sos pesto; Satukan semua bahan kecuali keju, garam dan lada hitam di dalam mesin pengisar.
- Kisar sehingga semua bahan lumat.
- Tambah garam dan lada hitam secukup rasa.
- Tuangkan sos pesto dan parutan keju ke atas pasta rebus dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, boleh tambah lebih keju.
3. PEPPERONI PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 400gm pasta pendek pelbagai warna
- 600gm tomato dalam tin
- 220gm pepperoni
- 1 biji cili benggala merah |cincang dadu
- 1 biji bawang besar | cincang dadu
- 2 sudu makan cincang daun parsli
- 1 sudu makan pes tomato
- 1 sudu teh paprika
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi selama 5 minit dengan api yang sederhana.
- Masukkan pula cincangan cili benggala, tomato dan pes tomato. Tambah paprika. Kacau sekata. dan didihkan beberapa minit.
- Masukkan pepperonidan sedikit daun parsli. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan selama 5 minit lagi.
- Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Celur pasta pelbagai warna selama 8-10 minit dan toskan. Tuang ke dalam pinggan hidang.
- Tuang sos ke atas pasta dan tabur lebihan daun parsli cincang. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lebih serbuk paprika.
4. LINGUINE ALLA PUTTANESCA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm linguine
- 400gm plum tomatoes
- 10 ekor anchovy fillets (dalam tin)
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan capers | toskan
- ¾ cawan buah zaitun | cincang kasar
- Secubit serbuk cayenne
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Rebus linguineselama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat suam. Ketepikan.
- Tomato dicelur, buang kulit dan cincang. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
- Masukkan fillet anchoviesdan hancurkan sedikit. Tambah capers, buah zaitun dan cincangan tomato. Tambah serbuk cayenne dan didihkan selama 20 minit.
- Gaul sos tadi bersama linguinerebus dan tabur cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Capers adalah buah daripada tumbuhan berasal dari Mediteranian. Bentuknya kuncup kecil dengan warna kehijauan. Biji ini memiliki kelopak yang lembut. Biasanya diawetkan dengan diberikan garam dan dimasukkan dalam larutan cuka.
5. CREAMY RAVIOLI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam | cincang halus
- 120gm hirisan cendawan
- 50gm cincangan bayam muda
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 6 sudu makan parutan keju romano
- 2 sudu makan cincangan daun basil segar
- 1 cawan krim masakan
- 2 biji telur | pukul dengan garpu
- Secubit serbuk buah pala
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
- Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Hidangan yang mengenyangkan.
6. CHICKEN TORTELINNI
BAHAN-BAHAN:
- 450gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam |cincang dan celur hingga empuk
- 1 labu bawang Bombay | cincang halus
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- 50gm bayam muda
- 2 sudu makan parutan keju parmesan
- 1 biji telur |pukul dengan garfu
- Secubit ‘allspice’
- Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN SOS:
- 1 ½ cawan krim masakan
- 120gm cendawan butang | hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 4 sudu makan parutan keju parmesan
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
- Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
- Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat. Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap). Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Celur tortellini selama 5 minit dan toskan. Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/hanya-7-bahan-mudah-macaroni-cheese-serta-brokoli-cendawan-super-yummy/
Memang Mantap Rasa Spageti Olio Grilled Chicken Sampai Boleh Berebut Makan
http://www.rasa.my/hanya-guna-10-bahan-untuk-dapat-carbonara-super-creamy/