Viral Resipi ‘Kulit Ayam Crispy’ Versi Telur Dadar, Memang Kena Cuba!

Share

‘Kulit ayam crispy’ memang sedap tapi kurang sihat jika dimakan selalu. Tetapi resipi yang dikongsikan oleh @iamazwann di dalam twitternya terus menjadi viral ini kerana kulit ayam yang dimaksudkan adalah telur dadar yang disalut tepung dan digoreng ranggup. Malah rasanya seakan-akan seperti mengunyah kulit ayam yang ranggup. Nak tahu sedap ke tak jom cuba.

 

RESIPI TELUR GORENG CRISPY

BAHAN-BAHAN:

  • Telur dadar
  • Tepung berperisa (tepung goreng ayam kentucky tu)

 

CARA MEMASAK:

  1. Mula-mula dadarkan telur seperti biasa, pecahkan telur dalam 2 biji dan goreng sikit-sedikit supaya nipis telur dadarnya. Siap, ketepikan telur tu.
  2. Kemudian ambil tepung kentucky masukkan dalam dua bekas. Satu bekas letakkan air kosong dan satu bekas lagi hanya tepung sahaja. (tiada air)
  3. Campurkan 1 bekas tepung tadi bersama dengan serbuk cili dan tepung biasa sedikit. Tambah garam sedikit dan perasakan.
  4. Telor dadar yang siap digoreng tadi perlu dipotong segitiga seperti potongan pizza.
  5. Kemudian celopkan telur tadi dalam mangkuk yang telah dicampurkan air dahulu dan kemudian dicelupkan pada mangkuk berisi tepung kering sahaja.
  6. Sebelum itu pastikan minyak banyak supaya senang digoreng dan dipanaskan, goreng telur tadi dengan api yang sederhana supaya kulitnya kelihatan crispy, seperti kulit ayam.

 

Kredit resipi asal: nutterbutter diolah oleh: iamazwann

Published by
Mastura Abu Kassim