

Rasam masam, manis, pedas & lemak akan tambahkan selera makan anda. Terung yang dibakar dan digaul dengan air asam berlemak santan pekat.
TERUNG BAKAQ AYAQ ASAM
BAHAN-BAHAN:
- Terung (bakar)
- 2 biji cili padi
- 2 biji cili besar
- Belacan (tumbuk kasar)
- Santan
- Perahan limau
- Garam gula
- Bawang besar-di mayang
- Cili padi-potong
CARA MEMASAK:
- Bakar terung (terbakar hitam itu yang buat lagi sedap)
- Cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk kasar.
- Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk kecil.
- Selepas itu masukkan terung, santan, bawang besar, cili padi potong dan perahan limau. Gaul hingga sebati.
- Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.
- Bila rasa sudah sedap boleh makan dengan nasi panas.
KREDIT GAMBAR & RESIPI:Arieza Rieza
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Berselera Dengan Hidangan Sederhana Terung Goreng Sambal Cili Padi
Pembuka Selera Sambal Tumbuk Pedas Rebung Kantan Ikan Bilis Goreng
http://www.rasa.my/santan-tumis-berlada-masakan-terengganu-lama-resipi-arwah-nenek-boleh-tahan-sampai-3-minggu/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
7 Lauk Melayu Sempoi Mudah Dimasak , MMYankees Kongsi Resipi Keluarga

Lumrah orang Melayu walaupun citarasa sudah bercampur dengan aneka sajian kota lain tetapi lauk pauk Melayu tradisi pasti dicari. Bahannya mudah, kos pun rendah sajian yang mudah dan cepat dimasak.

Bagi Marazrin Martadha masakan Melayu tidak akan membuat anda rasa jemu dan ia sebenarnya adalah sebahagian daripada jati diri anda.Nah ni dia 7 resipi dari restoran MMYankees yang pasti menyelerakan dan menambat kasih saat merasa suapan pertama. Cubalah senang aje…
AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN :
- 1/2 ekor ayam
- 2 sudu makan serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR :
- 4-5 biji cili kering
- 2.5 sm halia
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 biji tomato-potong dadu
- 1/2 cawan sos tomato
Bahan Hias
- 1/2 biji bawang besar- potong bulat
- kacang hijau secukupnya
CARA MEMASAK :
- Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
- Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
- Masukkan ayam dan biarkan kuah jadi pekat.
- Sekali sekala hendaklah digaul balikan.
- Bila kudah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biarkan satu hingga dua minit.
- Kemudian padamkan api dan ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa : 20 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Sos tomato dan cili memberi rasa masam dan sedikit pedas
INFO CHEF : Untuk masak merah ayam jangan digoreng terlalu garing, cukup 2/3 masak.
AYAM MASAK GULAI LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN :
- 4-3 ketul ayam
- 220 ml santan kotak
- 2 sudu kecil garam atau secukup rasa
- 1 1/2 keping asam keping
- 2 batang serai – ketuk
- Sedikit serbuk perasa (jika suka)
BAHAN KISAR :
- 10 – 15 biji cili padi /jangan dibuang tangkai dan ikut kepedasan sendiri
- 2 sm kunyit hidup
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sm halia – guna sikit sahaja
CARA MEMASAK :
- Masukkan bahan kisar ke dalam kuali bersama ayam.
- Nyalakan api perlahan dan biarkan ayam kecut dan masak bersama dengan bahan kisar tadi. Biarkan air ayam keluar dan agak kering.
- Kemudian masukkan santan dan air secukupnya, serai dan kacau rata sehingga mendidih.
- Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. Setelah sesuai rasa dan kuah dah cantik, biarkan mereneh sebentar dengan api kecil.
- Api boleh ditutup dan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa cili padi buatkan kuah lemak ini istimewa
INFO CHEF : Untuk rasa lemak cili padi asli Negeri Sembilan, anda tidak perlu menggunakan bawang. Dan biasanya dimasak dengan daging ayam salai
IKAN KEMBUNG MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN :
- 3 ekor ikan kembung saiz besar /disiang dan dikelar
- 3 ulas bawang putih /diketuk
- 1 biji bawang besar /diketuk
- 1 biji cili merah /dihiris serong
- 1 biji cili hijau /dihiris serong
- 1.5 sm halia /diketuk
- 5 sudu makan kicap lemak manis
- 1 sudu makan besar sos tiram
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh teh serbuk kunyit
- 1/4 sudu teh cuka makan
- 1/3 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh garam
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1/3 cawan air
- Sedikit hirisan daun bawang
Cara memasak
- Lumur ikan kembung dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata.
- Goreng ikan kembung hingga masak, tak perlu sampai garing.
- Angkat dan ketepikan ikan.
- Tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum menggunakan tiga sudu makan minyak.
- Masukkan sos tiram dan kacau hingga rata.
- Tuang air kosong, kicap pekat, kicap lemak manis dan cuka makan, kacau dan biarkan hingga mendidih.
- Masukkan bawang besar dan ikan kembung yang telah digoreng tadi, kacau perlahan.
- Tambahkan hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah, kacau dan masak sekejap.
- Akhir sekali, taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
- Ikan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Buatnya mudah dan ringkas, dan sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar lauk pedas.
INFO CHEF : Jika anda suka lebih pedas, boleh tambahkan 3-4 biji cili padi yang telah diketuk
AYAM GORENG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 3-4 ketul ayam /dipotong sederhana
- 10-15 tangkai cili padi (ikut suka kepedasan masing-masing)
- 1 biji bawang besar
- 3 biji bawang kecil
- 3 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
- 1 biji limau kasturi
- Minyak secukupnya
CARA MEMASAK :
- Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
- Tumbuk atau kisar semua bawang dan cili padi.
- Panaskan minyak. Tumis semua bahan2 yang ditumbuk/dikisar tadi. Goreng sehingga bahan-bahan tumis bertukar warna sedikit gelap dan garing.
- Masukkan air limau kasturi dan garam secukupnya. (boleh tambah sedikit gula jika suka)
- Masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul rata, dan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa cili padi yang garing mengenakkan sajian
INFO CHEF: Masa menumis boleh guna minyak yang banyak sedikit. Selepas masak boleh dibuang sedikit minyaknya agar tidak terlalu berminyak.
TAUHU GORENG BERLADO

BAHAN-BAHAN :
- 400 gm tauhu putih/ belah dua bentuk segitiga
- 2 sudu makan kicap manis
- 2 helai daun salam
- 2 sm lengkuas,
- 1 sudu makan gula merah
- garam secukupnya
- 300 ml air
- minyak untuk menumis
BAHAN BAHAN/ DIKISAR :
- 5 ulas bawang putih
- 6 biji bawang merah
- 3 biji cili hidup
- 10 biji cili kering
- 3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
- Perapkan tauhu dengan garam dan bawang putih.
- Biarkan kurang lebih minit dan goreng hingga masak. Ketepikan
- Ambil bahan dikisar dan tumis dengan sedikit minyak, biarkan hingga naik minyak. Masukkan daun salam dan lengkuas. Tumis hingga harum
- Masukkan kicap manis gula dan garam secukupnya.
- Tuangkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan tauhu goreng dan biarkan hingga ia sebati dengan perencah yang ditumis. Biarkan hingga air hampir kering.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa : 15 – 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Bagi penggemar tauhu, sajian ini sedap juga diratah begitu sahaja.
INFO CHEF ;Anda boleh juga memerah sedikit jus limau kasturi jika mahu rasa masam .
GORENG SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN :
- 3 ulas bawang putih /dihiris halus
- 3 biji bawang merah /dihiris halus
- 1 biji cili merah
- 100 gm ikan bilis
- 300 gm kubis
- 1/2 biji labu siam @/labu air/dipotong kiub
- 1 biji lobak merah /dihiris memanjang (batang mancis)
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
- Tumiskan bawang merah, dan bawang putih. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumis hingga garing.
- Masukkan lobak merah, dan apabila lobak merah empuk sedikit masukkan kubis dan labu siam.. Tambah sedikit air. Masukkan garam secukup rasa
- Goreng sebentar dan anda boleh tambahkan sayuran lain jika suka.
- Tambah ikan bilis goreng berlada untuk lebih sedap.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sayur-sayuran
Keistimewaan : Anda boleh menambah sayuran yang anda gemari ikut suka.
INFO CHEF : Jika tidak mahu ikan bilis, anda boleh menggantikan dengan udang kering atau hidup hidup.
SAYUR PARK CHOY

Bahan-bahan:
- 300 gm sayur park choy (dalam 4 tangkai dipotong kecil jika mahu)
- 1 batang lobak merah saiz kecil/ dihiris membulat
- 3 biji bawang putih /ditumbuk kasar
- 2 sm halia dicincang halus
- 4 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan (atau minyak biasa)
- Garam, gula secukupnya
- Sedikit serbuk perasa
- 1/2 sudu sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- Sedikit bawang goreng
- Sedikit hirisan cili merah
CARA MEMASAK :
- Sayur leraikan dari kelopak dan dibasuh bersih.
- Celurkan sekejap park choy tadi dalam air panas yang dimasukkan sedikit gara,. Angkat dan toskan.
- Sayur disusun atas pinggan atau dipotong kecil jika mahu. Ketepikan seketika.
- Sementara itu panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau. Masukkan lobak merah biar lembut.
- Kemudian masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung yang secukupnya. Kacau sebati hingga agak pekat sedikit.
- Kemudian masukkan garam, perasa serta sedikit gula dan beberapa titik minyak bijan.
- Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat seperti yang dikehendaki anda.
- Padamkan api. Akhir sekali curahkan sos di atas sayur park choy tadi.
- Sebagai hiasan taburkan bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sayur-sayuran
Keistimewaan :Pengaruh masakan cina, yang sudah menjadi citarasa Melayu
INFO CHEF : Boleh hiriskan cili merah, jika mahu pedas sedikit
Terima kasih :Marazrin Martadha, MMYankees, No 8-50G, Ground Floor, Jalan Pahat H,15/H, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor
Resipi Mudah Buat Labu Sira Manis, Lauk Popular Di Kelantan

Labu sira manis, biasanya boleh dijumpai pada bulan puasa. Dan ini lauk popular kalau hidangan kenduri kahwin di Kelantan.
Resipi yang dikongsi Hasifah Che Mat ini, kalau sekali dah cuba, memang akan jatuh cinta berkali-kali. Memang sedap!
LABU SIRA MANIS

BAHAN-BAHAN:
2 biji kecil labu kuning
Daun pandan (untuk alas labu dalam periuk)
7-8 sudu makan gula – beli online di sini
3 ketul gula melaka – beli online di sini
Secubit garam

TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Basuh dulu kulit labu, buang kotoran pada kulit baru potong baji, buang biji, basuh dan rendam dengan air kapur selama 10 minit, basuh dan toskan.

2. Susun daun pandan dalam periuk.
3. Susun labu selapis, tabur gula pasir dan gula Melaka secara selang seli. Ulang hingga labu habis dan letak garam secubit dua.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Api sederhana perlahan, masak labu dan tutup periuk (25-35 minit).

5. Jangan sampai kuah kering, biar berkuah sedikit dan tutup api.
6. Hidangkan panas atau sejuk.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
INFO EKSTRA:
1. Rendam air kapur nak bagi labu tu pejal.
2. Jangan letak air sebab nanti air labu akan turun banyak. Kalau letak air, labu akan hancur.

3. Api kena perlahan, guna kaedah ‘slow cook’. Baru cantik elok labunya.
4. Jangan biarkan kuah kering sangat. Biar sedikit pekat kuahnya.
5. Nak labu berkilat? Lagi manis lagi berkilat. Tapi kita buat manis-manis buah sudahla ye. Pun sedap.
6. Letak dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk pencuci mulut ni. Sedap nya lahai.
7. Kulit labu tak payah buang supaya isi labu tak penyek, Kulitnya nanti lembut rangup je nanti bila dah masak. Sedap sangat.
Kredit resipi: Hasifah Che Mat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lempeng Lembut Gebu Sampai Esok Pagi, Wanita Ini Kongsi Petuanya
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tip Simpan Petai Supaya Tahan Lama, Kekal Segar Macam Baru Kupas

Ramai teruja membeli petai bila melihat yang segar dan ‘bermata’ besar. Terus beli dalam jumlah banyak untuk dijadikan stok.
Tapi pastikan cara simpan petai ini betul supaya tahan lama dan kekal segar. Jika ikut perkongsian Mohd Syafiq Ahmad Khasisi ini, petai yang disimpan tetap segar macam baru kupas walaupun dah lebih sebulan dalam peti. Ini caranya.
Tip simpan petai supaya tahan lama dan kekal segar macam baru kupas
- Kupaslah petai satu demi satu. Belas mata petai supaya jika ada ulat atau rosak boleh di buang terus.
2. Buang kulit dan selaput putih yang ada pada biji petai.
3. Masukkan dalam plastik kecil, bahagikan setiap plastik sekali masak.

5. Ikat dengan getah plastik tersebut dan letak dalam peti sejuk bahagian beku & frozen.
6. Petai akan membeku, kalau tengok gambar di bawah dah lebih sebulan petai masih nampak segarkan.
7. Rendamkan dahulu biji petai yang beku dalam mangkuk sekejab sebelum masak.

8. Basuh dan terus boleh masak ikut cita rasa.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mohd Syafiq Ahmad Khasisi

