Waffle Mudah, Jom Pakat Buat.

Share

Bersarapan dengan waffle memang kesukaan anak=anak. Gebu dan cair di mulut siapa tak suka. Yang penting ada acuannya.

Panaskan dulu acuan sebelum tuangkan bancuhan. Boleh dicuba dengan memasukkan bermacam perisa kesukaan. Resipi perkongsian dari Nafishah Nan ni elok sangat dicuba.

WAFFLE MUDAH GEBU


BAHAN-BAHAN :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilaa
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 3 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan penuh serbuk penaik
  • Hujung sudu baking soda

CARA MASAK :


1. Panaskan acuan,
2. Satukan semua bahan, kisar atau mixer sahaja kesemua bahan.
3. Kemudian tuangkan dalam acuan.

Kredit : Nafishah Nan
FB : Resepi zam

Published by
Faridah Talib