Wahid Sediakan Menu Kebanggaan Orang Perak Ketika Berbuka Bersama Achey

Share

Penuh gelak ketawa di Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung hari ini. Mana taknya bila dua pelawak bergabung memang banyak aksi lucu yang mencuit hati.

 

Achey bertemu Wahid Senario di kampung halaman Wahid di Perak. Sudah pasti Wahid berkongsi menu sinonim dan nostalgia bagi orang Perak sebagai menu berbuka mereka.

Dua menu yang dikongsi ialah Tempoyak Kacau Bersama Udang dan Tepung Pelita. Bersamanya memasak di dapur ialah ibu mertuanya. Memang kecur liur tengok. Bila gabungan tempoyak, udang dan terung pipit di dalamnya sangat menyelerakan. AJI-NO-MOTO® diletakkan bagi menyerlahkan keaslian rasa bahan-bahan dan seimbangkannya dalam tempoyak ni. 

Tepung Pelita

atau Limas menjadi kegemaran mereka di kala berbuka. Mudah juga menyediakannya. Letakkan sedikit AJI-NO-MOTO® bagi menyerlahkan keaslian rasa bahan-bahan dan seimbangkannya.Ia boleh menyerlahkan rasa santan dan rasa lemak masinnya. Jomlah kita buat nanti.

TEMPOYAK KACAU + UDANG

Bahan-bahan:

4 biji cili merah

3 biji cili padi

3 senduk tempoyak

½ sudu kecil serbuk kunyit

100g udang

1 helai daun kunyit, disimpul

½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®

1 sudu kecil garam

½ sudu besar gula

Cara memasak: 

1.Kisar cili merah dan cili padi.

2.Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan serbuk kunyit.

3.Kacau sehingga kuahnya pekat, masukkan udang dan kacau.

4.Masukkan daun kunyit yang disimpul

5.Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula secukup rasa.

 

 

TEPUNG PELITA

Bahan-bahan: Lapisan hijau

7-8 helai daun pandan

5 cawan air

Pewarna hijau secukupnya

1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)

1 cawan tepung beras

1 sudu kecil gula

1 cawan gula, dikisar halus

Bahan-bahan: Lapisan santan

4 cawan santan

5 sudu besar tepung beras

½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®

½ sudu kecil garam

Cara menyediakan: Acuan daun pisang

1.Lap bersih daun pisang yang telah dilayurkan seketika diatas api.

2.Potong daun pisang dalam bentuk 4 inci lebar lalu tindan dua helai daun pisang kepada dua lapisan.

3.Gunakan kotak kecil untuk dijadikan acuan. Letak kotak ditengah daun pisang lalu trim bahagian hujung pisang jika terlalu panjang dan lipat kedua-dua bahagian ke kotak dengan kemas.

4.Tarik keluar kotak kecil lalu klipkan kedua-dua belah bahagian lipatan menggunakan stapler.

5.Kemudian, trim atau gunting bahagian atas mengikut ketinggian yang sesuai.

Cara menyediakan: Lapisan hijau

1.Kisar halus daun pandan bersama air. Letak air anggaran separuh sukatan dulu untuk mudah dikisar.

2.Tapis kisaran daun pandan dan tuang kedalam periuk. Masukkan sedikit pewarna hijau (pilihan), air kapur, tepung beras dan gula pasir lalu masak bahan sehingga menjadi pekat dan halus.

3.Masukkan gula pasir yang dikisar halus ke dalam acuan lalu sudukan adunan pandan dalam anggaran setengah acuan.

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

 Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Published by
Putri