Tak percaya! Cubalah dulu resipi ni ye, admin dah cuba, ia sangat mudah dan senang membuatnya. Tak sampai 30 minit dah siap. Jadi untuk share dengan anda semua, ini resipi Rolade Tauhu yang sangat sihat dan tinggi kandungan protien.

ROLADE TAUHU :

BAHAN-BAHAN ISIAN :

  • 3 biji tauhu | kukus
  • 100gm isi udang | cincang halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3 ulas bawang merah | cincang halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 biji telur

BAHAN TELUR PEMBUNGKUS:

Ads
  • 3 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Aluminium foil secukupnya  | untuk membungkus

LANGKAH DEMI LANGKAH:

Wajib Buat Ni !Rolade Tauhu, Sedap Dan Senang Buatnya

LANGKAH 1: Hancurkan tauhu, kemudian masukkan isi udang yang telah dicincang tadi. Kacau rata.

Wajib Buat Ni !Rolade Tauhu, Sedap Dan Senang Buatnya

LANGKAH 2: Masukkan garam dan lada sulah. Kacau rata.

Wajib Buat Ni !Rolade Tauhu, Sedap Dan Senang Buatnya

LANGKAH 3:  Masukkan telur di dalamnya, kacau hingga sebati. Kemudian ketepikan.

Ads

Wajib Buat Ni !Rolade Tauhu, Sedap Dan Senang Buatnya

LANGKAH 4: Pecahkan  tiga biji telur, tambahkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kaca rata.

Wajib Buat Ni !Rolade Tauhu, Sedap Dan Senang Buatnya

LANGKAH 5: Panaskan sedikit minyak dan dadarkan telur tadi hingga menjadi lapisan nipis.

Ads

Wajib Buat Ni !Rolade Tauhu, Sedap Dan Senang Buatnya

LANGKAH 6:  Letakkan telur dadar  di atas aluminium foil, kemudian isikan campuran tauhu di sisi tepi dan gulung hingga habis. Kemaskan gulungan dengan aluminium foil sebelum dibakar atau dipanggang. Selepas di bakar bolehlah potong dan hidangkan.

INFO : Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili dalam campuran tauhu. Atau boleh hidangkan dengan sos cili

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI