Masakan autentik Melayu memang banyak yang jarang  jumpa sekarang ni, tetapi percayalah  soal rasa masakan autentik  memang comfirm sedap sebab tu jangan pandang pada rupa.  Sebaiknya cuba rasa dulu baru tahu kesedapannya. Kalau tak percaya cuba tiga menu autentik yang RASA kongsikan ini, rasa memang sedap nak masak pun senang, gerenti jadi punyalah kalau buat.

Wajib Cuba, 3 Menu Autentik Pelik Tapi Sedap!

SAMBAL JERING DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm jering tua | belah dua & buang kulit ari.
  • 200gm daging | rebus dan hiris nipis
  • 6 sudu makan pes cili kering
  • 2 batang serai | titik
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, kemudian goreng jering separuh masak.
  2. Titik jering yang telah digoreng. Ketepikan.
  3. Seterusnya panaskan lebih kurang 4 sudu makan minyak, tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi.
  4. Masukkan pes cili kering dan terus kacau hingga tumisan pecah minyak.
  5. Masukkan hirisan daging rebus bersama jering yang telah dititik tadi.Gaul rata seketika.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa, titik api.
  8. Sambal jering sedia dihidangkan.

Wajib Cuba, 3 Menu Autentik Pelik Tapi Sedap!

GULAI LEMAK DAGING BAKAR  DAUN SELOM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging yang sudah dibakar | hiris nipis
  • 500ml santan
  • 200gm daun selom | celur dalam air mendidh dan toskan
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

Ads
  • 3cm kunyit hidup
  • 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk. Kacau rata.
  2. Tambah dengan serai dan asam gelugor. Biarkan mereneh.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daging dan daun selom.
  4. Biarkan terus mereneh lebih kurang 4-5 minit.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

Wajib Cuba, 3 Menu Autentik Pelik Tapi Sedap!

SAMBAL TERUNG PIPIT BERSAMA DAGING

  • 250gm terung pipit | buang tangkai
  • 150gm hirisan daging rebus
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng terung hingga berubah warna. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes cili kering.
  4. Kacau rata hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan terung tadi, kacau lagi.
  6. Kecilkan api, perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI