Wajib Cuba 3 Menu Mudah & Sedap Dalam Rasa: Ketuhar Kuali Episod 9.

Share

Sedar tak sedar rancangan Rasa: Ketuhar Kuali sudah memasuki episod kesembilan. Setiap minggu ada sahaja menu-menu menarik, mudah dan enak yang dikongsi oleh Aunty Aini dan Adam Didam untuk para penonton setia. Semuanya sangat mudah, sedap dan pastinya sesuai untuk puan-puan cuba di rumah.

 

Lebih istimewa pada episod kali ini, Aunty Aini dan Adam telah menggunakan gula perang keluaran Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dalam resipi mereka.  

Untuk pengetahuan semua, Gula Perang CSR dihasilkan dari gula tebu mentah yang kurang ditapis dan diproses serta mengandungi anti-oksidan dan mikro nutrien semulajadi. Oleh sebab itu, gula perang CSR ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan rasa masakan harian anda.

Bagi anda yang tak sempat nak tonton Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 9, Rasa kongsikan 3 resipi yang dikongsikan oleh Adam Didam dan Aunty Aini iaitu Kentang Lenyek Bersama Sos Pesto

Ayam Percik dan Tat Strawberry.

 

RESIPI RASA: KETUHAR KUALI EPISOD 9

 

1. KENTANG LENYEK BERSAMA SOS PESTO

BAHAN-BAHAN:

  • Air
  • Kentang Kecil
  • Minyak Zaitun
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • Daun Parsley
  • 2 Cawan Daun Selasih
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 3 Sudu Besar Kacang Pain
  • 4 Sudu Besar Jus Lemon
  • ¼ Keju Parmesan
  • 3 Sudu Besar Minyak Zaitun Extra Virgin
  • Air
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam

CARA MEMASAK:

  1. Rebuskan kentang bersama kulit dalam air panas selama 20minit.
  2. Lenyekkan kentang diatas dulang pembakar.
  3. Sapu kentang dengan minyak zaitun.
  4. Taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam diatas kentang.
  5. Bakar selama 15minit pada suhu 200’C.
  6. Untuk sos, kisar daun selasih, bawang putih, kacang pain, keju parmesan dan jus lemon.
  7. Masukkan minyak zaitun kedalam bahan kisar dan kisar lumat.
  8. Apabila kentang telah siap dibakar, letakkan sos pesto yang telah siap keatas kentang.
  9. Taburkan sedikit daun parsley.
  10. Siap untuk dihidang.

 

2. AYAM PERCIK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Ekor Ayam Potong 8
  • 6 Batang Serai
  • 1 Inci Lengkuas
  • 10 Biji Cili Padi
  • 2 Inci Kunyit
  • 1 Sudu Besar Biji Ketumbar
  • 1 Sudu Besar Jintan Manis
  • 1 Sudu Besar Jintan Putih
  • 1kg Santan
  • ½ Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
  • Garam
  • 6 Biji Bawang Merah
  • 5 Ulas Bawang Putih

CARA MEMASAK:

  1. Tumis kering jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar.
  2. Kisar bahan tumis kering bersama serai, kunyit, lengkuas, cili padi, serbuk lada hitam, bawang putih, bawang merah dan sedikit air.
  3. Panaskan minyak masak, dan tumis bahan kisar hingga garing.
  4. Masukkan santan apabila bahan tumis telah kering.
  5. Perasakan dengan garam dan asam keping.
  6. Masukkan ayam kedalam periuk, dan masak ayam sehingga 70% masak selama 15 minit.
  7. Keluarkan ayam dan masukkan kedalam dulang pembakar.
  8. Bakar ayam atas rak jaring dan dibawahnya diletakkan dulang pembakar berisi air selama 30 minit.
  9. Terus masak kuah sehingga pekat dan naik minyak.
  10. Sapu ayam dengan kuah yang dimasak selang 10minit secara bergilir.
  11. Hidang ayam bersama kuah yang telah dimasak.
  12. Siap untuk dihidang.

 

3. TAT STRAWBERRY

BAHAN-BAHAN:

  • 20gm Tepung Serbaguna
  • 55gm Serbuk Almond
  • 45gm Mentega
  • 55gm Gula Perang
  • 1 Biji Telur
  • Strawberi
  • 3 Sudu Besar Air
  • 50gm Gula

CARA MEMASAK:

  1. Ayakkan tepung dan campur dengan serbuk almond.
  2. Masukkan mentega, gula perang, dan mesin kesemua bahan.
  3. Masukkan telur dan mesin hingga rata.
  4. Tuang adunan kedalam dulang tat pembakar.
  5. Susun strawberi dibahagian atas dan bakar selama 30minit pada suhu 180’C.
  6. Untuk sos, potong strawberi bersaiz kecil.
  7. Masukkan kedalam periuk kecil, dan tambahkan gula. Tambah air jika perlu dan kacau hingga hancur dan mengeluarkan jus lebih kurang 30minit.
  8. Lenyek strawberi dengan menggunakan penapis bagi menghasilkan tekstur yang halus.
  9. Keluarkan tat dari dulang pembakar apabila sedikit sejuk, dan letak diatas pinggan hidang.
  10. Letakkan sos diatas tat.
  11. Siap untuk dihidang.

 

Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur