
Wajib Cuba Daging Bakar Lada Hitam, Comfirm Sedap
Berpantang tapi nak makan sedap, Resipi Daging Bakar Lada Hitam ini boleh cuba, ia sedap dan senang sangat nak membuatnya. Lagi sedap kalau dipadankan dengan nasi putih ulam pegaga.
DAGING BAKAR LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang | bersihkan dan potong nipis
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- ½ sudu teh kunyit
- Sedikit garam dan gula
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan serbuk ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit, garam dan gula. Lebih lama diperap lebih enak. Ketepikan.
- Setelah itu, bakar di atas pan sehingga garing. Angkat dan sedia dinikmati
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ikan Celup Tepung Rangup. Resipi Paling Mudah Untuk Minum Petang

Duduk rumah ni, otak kadang-kadang jadi tepu bila fikir bab juadah apa nak dihidangkan untuk keluarga. Lebih-lebih lagi juadah makan petang atau kudapan di kala melayan angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Wah gitu.
Jadi, untuk kali ini, kita kongsikan resipi Ikan Celup Tepung atau orang pantai timur sebut, colek ikang perkongsian saudari Umi Watie! Senang sangat nak buatnya tapi buat pembaca Rasa, kita kongsikan sekali rahsia ikan celup tepung rangup dan kerak yang tahan lama! Ratah pula panas-panas, cicah dengan sos Thai memang terangkat habis!
Jom kita tengok apa bahan-bahan untuk membuatnya.
RESIPI IKAN CELUP TEPUNG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras – beli online disini
1 biji telur saiz A
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
1½ cawan air sejuk
½ sudu teh cuka (inilah rahsia kerak ikan celup tepung tahan lama!)
1 sudu teh air kapur – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung beras, telur, serbuk kunyit dan garam. Gaul sekata.

2. Kemudian, masukkan cuka. Gaul lagi. Masukkan air kapur dan juga air sejuk. Air tu guna air yang dibubuh ais. Ais tak payah masuk sekali. Ini nak buatkan bancuhan tadi rangup.

3. Kacau rata kesemuanya. Kemudian, masukkan ikan yang telah siap dicuci bersih. Pastikan semua bahagian kena bancuhan tepung.

4. Gaul-gaul ya. Bancuhan ini boleh guna untuk 15 ekor ikan.

5. Panaskan minyak. Kemudian, goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas ya.

6. Bila ikan dah masak kekuningan angkat dan toskan.

7. Tadaaa hidangkan pada anak dan suami. Jajan sihat untuk anak-anak. Ikan bagus untuk tumbesaran anak-anak yang cerdik dan pintar. Haaa gituh.

**Kerak atau keruping tu pakat berebut anak-anak makan. Bancuhan tepung ini boleh juga guna buat goreng pisang tau. Keriuk-keriuk tu makan dengan nasi panas dan sambal belacan pun syok. Uissshhh sambil tulis ni pun dok kecur liur.
Kredit resipi & foto: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Garlic Prawn Sedap Macam Dekat Restoran. Macam Ni Cara Masaknya
Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Terung Hijau Lebih Manis & Lembut, Sedap Masak Rendang. Ini Resipinya

Terung hijau ini jarang kita jumpa, biasa yang kita beli warna unggu. Terung jenis ini lebih manis dan tekstur lebih lembut. Kalau jumpa di pasar, sebaiknya terus beli, buat rendang terung hijau. Memang sedap.
Terung dimasak bersama rempah tumis, kerisik, santan dan daun aromatik seperti daun limau purut, daun kunyit dan daun salam yang menjadikan rasa rendang ini cukup menyelerakan. Sesuai sangat untuk dinikmati bersama nasi putih panas atau nasi minyak.
Resipi Rendang Terung Hijau

Bahan-bahan
3 biji terung hijau atau ungu – dibelah tanpa putus
200ml santan kotak
2 batang serai – diketuk atau dikisar
5 biji buah keras – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
2 biji bawang merah – dikisar
2cm halia – dikisar
3cm lengkuas – dikisar
½ biji kelapa – dijadikan kerisik
2 sudu besar cili kisar
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit – 1 helai dicarik, 1 helai diracik halus
3 helai daun salam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
Garam, gula dan minyak masak secukupnya

Cara Penyediaan
1. Bersihkan terung dan toskan. Belah tanpa putus untuk pastikan rempah mudah meresap.
2. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar bersama serai sehingga wangi dan sedikit keperangan.
3. Masukkan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, jintan manis dan cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
4. Masukkan terung, santan, daun kunyit carik, daun salam, daun limau purut dan asam keping. Gaul rata.
5. Tambahkan kerisik, garam, gula dan bahan perasa jika suka. Kacau perlahan agar terung tidak hancur.
6. Renehkan sehingga kuah menjadi pekat dan terung lembut sepenuhnya. Pastikan api sederhana untuk elakkan santan pecah.
7. Akhir sekali, tabur daun kunyit yang diracik sebelum dihidangkan.
Tip Ekstra
- Terung hijau mempunyai rasa yang sedikit manis dan tekstur lebih lembut. Jika tidak jumpa, boleh guna terung ungu panjang sebagai alternatif.
- Kalau suka lebih berlemak, boleh tambah santan segar.
- Untuk lebih aroma, sangai biji ketumbar dan jintan manis sebelum ditumbuk halus.
Kredit resipi & foto: Angah Izan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Ikan Kembung Rebus Air Asam, Lauk Simple Tapi Sedap Sungguh

Ikan rebus adalah lauk simple. Tapi sangatlah sedap. Rasanya pedas, cukup masin dan cukup menyelerakan. Nak masak lauk macam ni pun tak ambil masa lama.
IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM

BAHAN-BAHAN
- 4 ekor ikan kembung
- Garam
- Asam keping
- Seinci belacan bakar
- Air asam jawa
- 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 1 biji tomato (dipotong dadu)
- 1/2 biji cili besar (nak letak sebiji pun boleh)
- 4 biji cili api (kalau suka pedas, lebihkan)
- 1 biji limau kasturi

CARA MEMASAK:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan asam keping
3. Angkat ikan dan ketepikan.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
5. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili besar dan cili padi.
6. Perah air limau.
7. Masukan gula. Gaul hingga rata
8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.



