Dalam episod terbaru Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, kali ini Adam Didam sekali lagi berkunjung ke Filipina untuk belajar cara-cara menyediakan sajian Sinugno yang sedap. Sinugno merupakan sajian Filipina yang berupa ikan yang dipanggang dan kemudiannya dimasak bersama kuah santan. Sekali pandang seakan ikan percik yang popular di Malaysia. Manakala Ili Sulaiman pula mempelajari teknik-teknik menyediakan hidangan Ikan Percik yang terkenal di negeri Kelantan. Nak cuba? Jom lihat resipi-resipi yang dikongsikan di bawah ini.
1. IKAN PERCIK KUAH MERAH
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
BAHAN KISAR:
2cm halia
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KUAH PERCIK:
3 batang serai | kisar
6 biji bawang kecil | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
1cm lengkuas | kisar
½ sudu serbuk kunyit | kisar
½ sudu serbuk cili | kisar
250ml santan
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Lumur ikan bersama bahan kisar serta garam dan gula hingga rata. Ketepikan seketika. 2. Untuk menyediakan kuah percik, satukan bahan-bahan dan kisar hingga halus.
Ads
3. Tuang ke dalam kuali berisi sedikit minyak masak. Tumis hingga wangi dan rempah masak. 4. Masukkan santan diikuti garam serta gula dengan secukupnya. Kacau rata dan angkat.
5. Panggang ikan kembung tadi menggunakan arang hingga masak. 6. Ambil sedikit kuah percik tadi dan campurkan dengan sedikit air supaya jadi sedikit cair.
7. Kemudian tuangkan kuah percik tadi pada ikan. Bakar selama 1 minit kemudian terbalikkan. Tuang lagi kuah percik. Ulang langkah beberapa kali hingga ikan berbau harum. 8. Angkat ikan percik tadi dan siramkan dengan lebihan kuah percik yang pekat. Sedia untuk dinikmati.
Ads
INFO: Semasa memanggang ikan, siram menggunakan kuah percik cair supaya kuah dapat diserap elok pada isi ikan.
2. SINUGNO
BAHAN-BAHAN:
Ads
Ikan | boleh guna tenggiri atau kembung
Garam dan sebuk lada hitam secukupnya
1-2 biji cili hijau
1-2 inci halia | hiris
2-3 ulas bawang putih | cincang
3 biji bawang merah | hiris
1 paket santan
Sos ikan secukupnya
Sedikit minyak masak
Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Ambil ikan, kelar sedikit dan lumurkan dengan garam serta lada hitam dengan secukupnya. Perap seketika dan panggang hingga masak. Ketepikan.
2. Untuk menyediakan sos Sinugno, masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis separuh dari halia, bawang putih dan bawang merah. Masak hingga wangi dan sedikit garing.
3. Masukkan santan, cili hijau dan baki bawang, halia dan bawang putih tadi. Kacau dan biarkan ia memekat.
4. Perasakan dengan sos ikan dan garam secukup rasa.
5. Tuang sos pada ikan yang dipanggang tadi. Sedia untuk dinikmati.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga jenis tumis.
Singgang tumis ini lebih beraroma kerana ditumis terlebih dulu. Pastikan kuahnya dibuat lebih kerana lauk ini sedap dimakan dengan kuah melimpah agar mudah dihirup.
Resipi Singgang Tumis Ikan Selar
Bahan-bahan
4 ekor ikan selar (ikan kembong atau pelaling pun paling sedap)
Garam secukupnya (untuk gaul ikan)
2 biji bawang besar -dihiris
5-6 ulas bawang putih -dihiris
2 inci halia -dihiris
Cili merah besar (kalau nak pedas, boleh guna cili padi)
2 batang serai -dititik
Asam keping (ikut tahap masam yang diingini)
Tomato – dibelah 2
Belacan sebesar hujung ibu jari -dihancurkan)
Serbuk kunyit
Cara Penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak, tumis semua bahan hiris dan serai hingga keperangan dan naik bau wangi.
2.Masukkan air ikut berapa banyak kuah yang korang nak, biar mendidih.
3.Tambah serbuk kunyit, asam keping dan belacan yang dah dihancurkan, kacau rata sampai warna kuning kunyit cantik sekata.
4.Masukkan ikan dan tomato, tambah garam dan secubit ajinomoto secukup rasa. Kecilkan api.
5. Jangan masak ikan lama sangat, cukup 4-5 minit saja kemudian padam api.
INFO
Kalau suka pedas, boleh letak cili padi waktu tumis, atau hiris kasar dan masukkan sekali dalam kuah.
Lauk ini paling sedap dimakan dengan sambal belacan atau ulam-ulaman sebagai pelengkap.
Resipi rebus sihat dan baik untuk yang sedang diet tetapi sangat berbahaya. Sebab kalau sudah makan boleh terlupa sudah makan nasi betambah-tambah.
MASAK IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api. Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh.
1/2 biji cili besar. Kalau nak letak sebiji pun boleh.
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam.
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor
3. Angkat ikan dan ketepikan.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
5. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.
6. Perah air limau.
7. Masukan gula. Gaul hingga rata
8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
Sedapnya aneka resipi lauk pauk selera kampung ni! Ada yang bercadang nak masak menu istimewa buat keluarga sempena bulan merdeka? Ini antara menu-menu enak selera orang Malaysia yang sesuai disediakan dan boleh dijadikan sajian makan tengah hari. Semuanya sangat sedap, mudah dan membuka selera.
Lauk pauk kampung begini tentunya sangat sedap dan membuka selera. Anda teringin nak makan menu begini? Jom cuba! Pasti berselera menikmatinya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!