Sedar tak sedar, Ramadan semakin ke penghujung dan Syawal pula bakal menjaelma. Sekejap je rasa masa berlalu. Biasanya di saat-saat ini ramai yang sibuk membuat persiapan untuk menyambut lebaran yang bakal menjelang. Salah satunya tentulah senarai menu istimewa untuk juadah pagi raya nanti.

Rasa Nostalgai Ramadan hari ini, Chef Wan telah menjemput penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Noor Shila Amin sebagai tetamunya. Wow…Bukan calang-calang selebriti ya. ‘Otai’ yang masih berbisa.

Wajib Cuba. Resipi Rendang Hitam Rembau & Badak Berendam Chef Wan & Noor Shila Amin Ni Memang Power.

Menu istimewa yang bakal dikongsi adalah Rendang Hitam Rembau dan Kuih Badak Berendam. Wow…Sedapnya. Sajian rendang tu pula memang istimewa. Sesuai sangat kalau disajikan di pagi raya nanti.

Nak cuba masak kedua hidangan ini untuk keluarga tercinta? Jom lihat resipi dan bahan-bahan yang diperlukan.

1. RENDANG HITAM REMBAU

Wajib Cuba. Resipi Rendang Hitam Rembau & Badak Berendam Chef Wan & Noor Shila Amin Ni Memang Power.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging batang pinang
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 5 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 kg santan pekat
  • 2 kulit kayu manis
  • 4 batang serai (diketuk)
  • Garam
  • Gula
  • Majesty spice
  • 2 sudu minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Masukkan daging ke dalam periuk tanpa isi minyak.

2. Masukkan bawang putih, halia, kayu manis, serai dan bawang merah. Tumis dengan daging sehingga naik bau.

IKLAN

3. Masukkan serbuk kunyit, majesty spice, cili boh dan santan pekat. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan garam dan minyak masak. Kacau sehingga kering dan selepas itu boleh dihidangkan

 

Wajib Cuba. Resipi Rendang Hitam Rembau & Badak Berendam Chef Wan & Noor Shila Amin Ni Memang Power.

Wajib Cuba. Resipi Rendang Hitam Rembau & Badak Berendam Chef Wan & Noor Shila Amin Ni Memang Power.

 

2. BADAK BERENDAM (PEK POK WAP)

Wajib Cuba. Resipi Rendang Hitam Rembau & Badak Berendam Chef Wan & Noor Shila Amin Ni Memang Power.

IKLAN

BAHAN DOH:

  • Tepung pulut
  • Air
  • Garam

BAHAN-BAHAN INTI:

  • 1 ¼ cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • 500ml santan pekat
  • 1 cawan gula putih
  • 1 biji kelapa parut
  • 250 gm gula merah/gula Melaka
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu makan tepung gandum

BAHAN-BAHAN KUAH:

  • 3 senduk santan pekat
  • Daun pandan
  • Garam
  • Tepung ubi
  • Hiasan : Daun pisang

CARA MEMASAK :

1. Satukan kesemua bahan inti ke dalam periuk dan masak sehingga inti melekat.

2. Biarkan inti sejuk dan kemudian di bulat-bulatkan sebesar guli. Ketepikan.

3. Untuk membuat dohnya, campurkan tepung pulut bersama garam.

4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh.

IKLAN

5. Tangan rendam dengan minyak dan ambil sedikit doh. Bulat-bulatkan dan dileperkan.

6. Masukkan inti kedalamnya dan kelim menjadi bulat. Kelar-kelarkan diatasnya supaya ianya cantik.

7. Lapik mangkuk dengan daun pisang.

8. Susun kuih badak diatasnya.

9. Campurkan santan bersama ½ sudu teh garam. Kacau rata.

10. Tuangkan ke atas kuih dan kukus selama 8-10 minit atau sehingga kuih lembut dan kuahnya pekat

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Jangan lupa saksikan rancangan terbaru Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan popular tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia mereka..

Nak tahu siapa tetamunya? Kenalah tunggu dan tonton Rasa Nostalgia Ramadan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima & Prima HD (105 & 125).

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI