Walau Sibuk & Menunggu Hari, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tetap Rajin Turun Ke Dapur.

Share

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin; permata hati dan kesayangan seluruh rakyat Malaysia. Malah beliau juga menjadi pujaan peminat di seluruh dunia. Pergilah kemana sahaja, bila sebut sahaja dari Malaysia, pasti ada orang asing yang menyebut nama selebriti manis ini.

Seperti yang semua tahu, semalam Datuk Seri Siti baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke 39 tahun. Seronok tengok beliau dikejutkan  team dari stesen radio tempatan. Meriah! Cipta sejarah ya. Setahu min, tak ada lagi selebriti yang dikejutkan sebegitu rupa. Rezeki ibu mengandung dan ternyata Siti memang disayangi ramai. Peminat dari Brazil pun wish

birthday tau.

Sambil asyik layan ucapan hari jadi yang Siti terima di IG, mata terpandang beberapa posting masakan yang beliau kongsikan. Wahhh! Tok Ti rajin masak rupanya! Walaupun dalam sarat mengandung. Menu-menunya pun sangat sedap. Terliur dibuatnya. Patin Masak Tempoyak, Ayam Panggang, Kacang Pool, Asam Pedas, Karipap

dan macam-macam lagi lah.

 

Ada juga masakan yang dimasak oleh kakak ipar; Rozi Abdul Razak, menantu dan sahabat-sahabat beliau yang lain. Haih..semuanya nampak sedap!

Selamat Hari Jadi @ctdk dari team RASA dan diharapkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sentiasa dipermudahkan segala urusan sehingga proses kelahiran nanti. Amin..

Kredit foto: Instagram ctdk

Published by
Nur