Sekali lagi kita kembalikan nostalgia lama dengan membuat biskut lejen ni. Orang dulu panggil biskut buah pinggang mungkin sebab bentuknya. Kalau dah rasa pasti susah nak henti makan. Boleh buat banyak-banyak dan makan sebagai kudapan. Sedap biskut ni, kanak-kanak pun suka.
BISKUT BUAH PINGGANG
Bahan-bahan:
250gram buttercup
1 cawan gula aising (saya letak 3/4 je)-BELI ONLINE DI SINI
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan tepung naik sendiri – self raising-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan tepung jagung
1 cawan biskut marie yang dikisar halus (saya guna biskut marie munchy’s)
1 cawan cornflakes yang dikisar halus
1/2 cawan tepung gandum (saya guna tepung gandum cap ros)
Cara membuat:
1)Pukul buttercup dengan gula.Bila kembang masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
2)Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung. Kacau guna senduk saja atau spatula.
3)Masukkan biskut marie dan cornflakes yang dikisar tadi ke dalam adunan.
4)Akhir sekali masukkan tepung gandum sikit-sikit sampai jadi doh yang boleh dicanai.
5)Dah siap uli, canaikan doh dan terap guna acuan.
6)Sapu kuning telur sikit di atas biskut dan ditabur dengan cornflakes yang dah diramas. Bakar ikut kepanasan oven masing-masing ye.
7)Dah siap bakar, bolehlah susun dalam balang (tunggu biskut sejuk dulu)
Kredit: Asmida Sulaiman